20111228

Medical Check Up ----------> PLKN !!!

Assalamualaikum,

waaahhhh!!!! ehem, mintak maaf lah. start2, menjerit pulak kan. erm, bukan apa. luahan perasaan sebab kena pergi juga akhirnya Kem Latihan Khidmat Negara tersebut. apa boleh buat, mungkin ini yang terbaik untuk diriku. setelah berhari-berhari memikirkan, buat solat hajat untuk yang terbaik, dan inilah yang akhirnya menjadi yang terbaik untuk aku. semoga aku dapat menerima dan sesuaikan diri dengan suasana di sana, insyaAllah. dan! semoga ia menjadi sesuatu yang berbaloi untuk aku luangkan masa selama 2 bulan setengah, Amiinn..



Medical Check-up (1)


27/12/2011- aku pegi la dengan ibu tersayang ke klinik kesihatan bangi pada jam kurang lebih 3.30 petang. letak borang, dan tunggu. akhirnya seorang pegawai perubatan keluar dan memanggil namaku. ini dah macam nak buat novel jek. straight to the point! semasa dalam bilik tu, perasaan aku sedikit tidak selesa.
ada 3 probabilities: i) aku memang nervous untuk medical check-up tu.
                             ii) aku tak selesa sebab pegawai perubatan tu lelaki.(punye lah berdoa untuk perempuan)
                             iii) mungkin jugak, sebab pegawai tu agak handsome. haha
just kidding. apa-apapun, aku memang sangat nervous. entah kenapa. mungkin sebab ini penentuan aku, sama ada aku akan pergi atau tidak. tapi, hari tu, pegawai tu cakap aku perlu datang esoknya untuk dapatkan pemeriksaan lanjut kerana mengidap penyakit asthma. masa tu, mungkin ibuku agak tersenyum kerana penyakit asthma aku mungkin boleh dijadikan alasan.

Medical Check-up (2)


28/12/2011-aku pergi ke klinik yang sama pada jam 2.30. macam biasa, sedang menunggu no giliranku dipanggil. setiap bunyi beeeep! jantung aku akan speed up sekejap. bila tengok bukan no aku, normal balik. dan begitulah seterusnya hinggalah nombor giliranku muncul. masuk ke bilik yang sama bertemu dengan pegawai yang sama. tapi kali ni, aku kena tunggu untuk seketika. masa tu, dalam bilik yang sama ada seorang lelaki yang mungkin sebaya dengan aku sedang buat check-up untuk plkn juga. aku pun, apa lagi curi-curi dengar la. haha. bukan curi-curi pun, memang dia kat belakang aku je.
budak (L): saya selalu pening2 la..
pegawai 1: awak selalu pening2 tu masa bila? sekerap mana?
budak (L): setiap kali saya bangun tido
tiba-tiba pegawai yang cek saya keluar dari bilik 1 lagi ke bilik kami(pegawai 2)
pegawai 1: ni macam mana ni. dia kata selalu pening2.
pegawai 2: teruk ke pening2 awak tu? awak tido bila yang pening tu?
budak (L): erm saya tido tengah hari.(sambil tersenyum, tersengih dan seumpama dengannya. agaknya lah. dia kan kat belakang aku)
pegawai 2: (mencelah sambil tersenyum) alah, biase je tu. layak je. tak de ape-ape lah. awak jangan. nanti sampai umur 33 diorang carik awak. (masih tersenyum dan melihat-lihat dokumen saya)
masa itu, aku turut tergelak kecil dan tersenyum, sambil memikirkan : ada peluang ke untuk aku tidak layak ke PLKN nih??hmm..

check-up diteruskan dengan beberapa proses yang mengambil masa yang lama. sekejap pergi bilik ni, sekejap pergi bilik tu. oh, ye! ada seorang rakan sekolah yang buat check-up juga tadi, iskandar namanya. sekadar perasan je dia di situ. berbalik kepada bilik-bilik yang banyak tadi. tibalah aku ke proses yang terakhir iaitu bertemu dengan doktor selepas membuat pendaftaran. 

katanya aku perlu tunggu doktor dari bilik 3 untuk memanggil nombor giliranku. tunggu punya tunggu. sampai sempat aku pergi ambil air masak dalam kereta mak aku sebab terlalu dahaga. haih, lama betul bilik 3 nih. tak panggil2 orang lain pun. dalam masa sejam, 2 atau 3 orang je yang dipanggil. 

nak dijadikan cerita. sedang  kami masih menunggu giliran, tiba-tiba aku terdengar ada suara yang seakan-akan menjerit memanggil namaku. aku terkejut dan terus berpaling ke arah suara itu kedengaran. dan kelihatan akak nurse dari kaunter di belakang sana yang memanggil namaku. aku dengan hairan terus bangun serta-merta dan menuju ke arahnya. lalu dia berkata....
nurse: awak tunggu kat sana ke. itu untuk ibu mengandung. dah lama dah panggil awak. sepatutnya awak dah boleh balik dah sekarang.
aku: oh, ya Allah. ye ke. ok2...
aku tergelak dengan sendiri sambil bergegas mendapatkan ibu aku. haha. sungguh kelakar ye. nasib baik lah mak ayah aku tukar shift menemani aku. dan shift kedua ialah ibuku. kalau tak, lagi malu aku dibuatnya. takkan la ayah aku boleh dianggap ibu mengandung pulak kan. walau macam mana pun, orang di sekeliling tetap memandang pelik ke arah kami. haha. dan akhirnya aku masuk ke "bilik 3" yang sepatutnya dan aku diisytiharkan layak ke ---------> PLKN..!

fiiiuuuuh, panjang sungguh entry kali ni. ini pun, dah banyak potong. ok! kepada rakan-rakan yang turut sama akan berjuang demi negara. moh la kita sama-sama yek! (aish, terlebih sudah). ini sekadar ingin mengumpul semangat aku untuk ke sana. haha


okay, till then!

20111223

Leaving Home..

Assalamualaikum,

soon, i will be leaving my home sweet home Alabama. i've finished my SPM, waiting either i'm going to PLKN or i will take STAM. this morning, i got another letter which made me surprised because i rarely get letter for me spesifically. and when i took it from my brother, it was from MUCH which stands for Masterskill University of Science Health. wow! tapi itu cuma tawaran awal yang diberikan kepada pelajar-pelajar berdasarkan keputusan percubaan. keputusan muktamadnya berdasarkan keputusan yang sebenar nanti. apa-apa pun, perkara ni membuatkan aku terfikir yang, tak lama lagi aku akan meninggalkan rumah ini.

masa sedang membaca surat 'tawaran' tu. ceh!hehe.. adik aku minta daripada aku nak tengok. lepas tu, dia bagi balik pada aku. dan berkata : "nanti kakak dah tak de kat rumah dah la kan. hmm.."
and that just made me smile and keep thinking about that. wow! what a feeling that i never felt before. i guess?

hey, i edited this picture!

apa-apa pun, aku tinggalkan rumah bukan untuk bersuka-ria atau berfoya-foya membuang masa di luar sana. aku ingin mencapai cita-cita. fuuhh, ayat yang takut untuk diluahkan. besar maksud kata-kata tu. dan ini bukan hanya untuk aku tapi, untuk ibu, ayah, keluarga, agama dan bangsa!

Tuntutlah Ilmu Hingga ke Negeri Cina!

20111219

Superhero Movies..

Assalamualaikum,

superhero. siapa superhero anda semua? kalau tanya saya, saya akan jawab.. mungkin spiderman, mungkin superman, mungkin batman? well, kalau ikutkan itulah superheroes yang dikenali di seluruh dunia, bukan?



sebanarnye tadi petang ada tengok cerita spiderman 1. tiba-tiba terfikir. kenapa budak-budak suka cerita superhero. diorang bukan faham sangat pun cerita tu. apa yang diorang dapat daripada cerita-cerita superhero idaman diorang cumalah angan-angan yang diorang pun nak jadi macam superhero tu dan mulalah beraksi di alam fantasi diorang. sedangkan dari sudut pandangan orang dewasa macam saya.. ceh, macam matang sangat je. bukan itu yang 'kami' dapat daripada cerita-cerita macam ni.

contohnya, seperti cerita spiderman yang saya tengok tadi. di akhir cerita tu....

MJ: i love you..
Peter Parker(Spiderman) : that moment i just wanna say, i love you too(monologuing)..
Then, he said : sorry, i can't. i will always there by your side, taking care of you, looking after you...i will always be your best friend.
Then, he left her alone with a background voice. 'There is one thing I remember most; "A great power comes with a great responsibility"

begitulah lebih kurang ending cerita itu sebab masa ni tiba-tiba pulak hujan turun dan terpaksa bergegas mengangkat jemuran.haha. ok, jadi. saya rasalah kan. kalau budak-budak yang tengok cerita tu, dah tak teringin sangat dah tengok part ni. sebab apa. sebab diorang tak faham apa pun. yang diorang faham, cerita tu dah habis, spiderman dah pun 'save the world'.hehe. tapi bagi saya. apa yang saya faham dari sini.
pertama : saya faham yang Peter terpaksa cakap macam tu, sebab dia tahu yang dia hanya akan meletakkan nyawa MJ dalam bahaya jika dia luahkan perasaan sebenar. jadi, dia terpaksa berkorban.
kedua : saya faham bahawa "A great power comes with great responsibility"..

and that's the most important thing. sometimes, watching movies is beneficial to us. even movie yang tak elok. erm, tak de la yang tak elok. tapi kalau kita tahu dari sudut mana kita patut lihat sesuatu movie tu. kalau kita tengok dari sudut buruk, buruklah jadinya. kalau kita tengok dari sudut baik, baiklah jadinya. walau  apapun, tetap, kita kena pilih movie yang sesuai.

teringat satu cerita ni. tajuk dia saya tak ingat. tapi lelaki ni, dia seorang kaunselor. dia berunding dengan orang-orang yang bermasalah la. satu hari, dia bawa keluar semua orang dalam group dia tu dengan bas dan bawa pegi ke tempat yang amat sesak, dengan traffic jam dan suasana yang bising. kemudian, dia bertanya : apa yang kamu nampak? apa yang kamu rasa? beberapa daripada mereka menjawab : kesesakan lalulintas. aku rasa rimas. aku tak dapat dengar suara aku sendiri pun.
cukup dengan itu, kaunselor tadi bawa mereka ke satu bangunan dan bawa mereka naik ke atas bumbung bangunan itu. dan sekali lagi dia bertanya : apa yang kamu nampak? apa yang kamu rasa?
mereka semua berkata : aku dapat lihat bandar yang luas dan tenang dari atas sini. dan mereka tersenyum.

ia masih tempat yang sama, dunia yang sama, cuma kita berada di sudut yang berlainan untuk melihat sesuatu perkara dari pandangan yang berlainan. oleh itu, setiap perkara ada baik dan buruknya, dan kita harus pandai melihatnya.

till then..!

Momentary

Assalamualaikum,

ni akan jadi blog skin sementara ye, rakan-rakan.
masih belum jumpe yang terasa berkenan di hati dan di mata.
untuk sahabat-sahabatku, sabarlah menunggu entry yang ditunggu. hehe. ^-^

till then...

20111213

Secomel Awan

Assalamualaikum,

hmm, ada kena-mengena ke dengan aku yang baru habis periksa SPM nih..tak ada kena-mengena pun.apapun, aku berharap kepada semua candidate SPM.jangan lah rasa terlalu seronok selepas kita diisytiharkan "MERDEKA" kononnya..hehe..sebab masih ada yang perlu kita lakukan iaitu bertawakkal setelah kita berusaha bersungguh-sungguh.cakap pasal tawakkal, teringat pulak konsep tawakkal(baru habis pekse Quran Sunnah). aku rasa ramai yang salah gunakan konsep tawakkal.di mana, aku percaya ramai antara kita yang kurang berusaha dalam sesuatu, terutamanya peperiksaan, tapi selepas tu, berdoa punye lah macam-macam supaya Allah berikan kejayaan..hmm, aku rasa aku pun mungkin termasuk dalam golongan tu.harap-harap selepas ni, kita sama2 menjadi golongan mereka yang sentiasa sedar dan tidak leka..Amiin..


berbalik kepada "Secomel Awan"..comel kan kata-kata ni? kata-kata membuatkan aku tersenyum sendiri selepas ditunjukkan kata-kata ni yang berada dalam majalah sekolah oleh sahabat aku : fatin nasyira..sebab kata-kata ni seolah-olah buat aku sedar yang sememangnya awan itu sangat comel dengan kepulan-kepulan yang membentuk bulat seperti kapas..di sebalik keindahan ciptaan awan, terselit juge kecomelannya..(apakah??)haha..tapi, sesungguhnya indahnya ciptaan Allah tidak dapat dinafikan..SUBHANALLAH..

sekarang ni, sekali aku melihat ke langit, secara tidak langsung aku akan mencari-cari awan yang kelihatan comel dan nikmati keindahannya..besar juga peranan kata-kata ini kerana secara tak langsung membuatkan kita menghayati kebesaran dan keagungan ALLAH SWT..alhamdulillah..

nak dijadikan cerita, aku dan sahabat karib aku ni, bermula untuk mencipta kata-kata yang t'diri daripada 2 perkataan yang lain. seperti "Secomel Awan" ni..dan....inilah hasilnya..saksikanlah..



haha..sungguh kelakar bila dilihat balik..ye lah..dah la kertas yang digunakan tu kertas yang dah patut dikitar semula, siap ada lukisan muka lagi..apa-apa pun ini menyimpan seribu kenangan..tentang betapa memerah otaknya kami untuk memikirkan kata-kata ini..^-^ antara yang agak,ehem-ehem..secomel daisy, secarik memori dan lain-lain..

ingatlah "Secomel Awan" ketika anda rasa seperti memerlukan ketenangan hati dan jiwa..dan ingatlah juga pada ketika anda rasa putus asa terhadap sesuatu..kerana dengan memandang ke langit akan menyedarkan kita bahawa masih banyak peluang yang ALLAH kurniakan untuk hamba-hambaNya, insyaAllah..jika gagal, berusaha lagi dengan bersungguh-sungguh dan bertawakkal kepada ALLAH..



see you again next time..

20111202

Efforts..!

Assalamualaikum,

here we meet again. the same night. the same day. i would like to write about this just as i wanted.

hmm, dekat bilik aku. aku ade tulis sesuatu dekat satu kertas A4..
ia tertulis begini--->

A DOCTOR! PLEASE PUT YOUR EFFORT TO ACHIEVE THAT!
(YOU'LL BE THE FIRST DOCTOR IN THIS FAMILY)
(AMIIN, INSYAALLAH)

well, it lighted up my spirit. but not for long. i also wrote a letter to myself. haha.it is something awkward for me to do but worth it, maybe.

ok, cakap pasal effort. aku pernah berfikir. contohnya la,. setiap manusia mesti ada impian masing-masing kan. semua ada mimpi yang ingin dicapai. tak kira lah setinggi atau serendah mana mimpi itu, sebesar atau setiny sekecil mana mimpi itu, atau selogik atau tak logik mane mimpi itu.. ia tetap mimpi atau lebih sedap disebut impian. but, like the picture i posted before..The only way to make dreams come true is to wake up! dreams will never come true if we stay asleep. it will just be a dream forever. am i not right..?

jadi, aku terfikir..katakan lah, aku contohnya..sedang menonton tv dan tiba-tiba aku rasa nak tukar chanel. tapi, remote tv ade dalam 75cm(anggaran) dari aku. lagi 2-3 cm je lagi untuk aku capai remote tu dengan menghulurkan tangan aku.
di sini, anggaplah mimpi aku : untuk capai remote tv.
halangan yang harus aku tempuhi : jarak remote yang lg 2-3cm nak capai.
effort(usaha) yang aku letak : not yet discovered.

benda ni, cumelah benda yang kecik je kan. tapi seandainya aku malas atau rasa seperti tak apa lah, biar je lah chanel ni. dapat ke untuk aku capai remote tv tu. mimpi ade, tapi usaha dan keazaman tak cukup kuat untuk tempuh halangan yang pasti kita boleh tempuhi jika kita cuba. usaha sangat penting untuk kita capai sesuatu. mungkin contoh yang aku bagi ni terlalu..erm, terlalu ape yek. apa-apa yang korang fikirlah. tapi ia tetap tentang usaha kita dalam sesuatu perkara. bagaimana kita meletakkan usaha kita dan sebanyak mana usaha yang kita letakkan.tak guna ada mimpi, impian tapi tak letakkan effort yang secukupnya.

ini sangatlah sesuai untuk aku fikirkan. sebab aku sedar. aku rasa aku ni seorang yang kurang letakkan usaha untuk sesuatu perkara. tapi, untuk sesuatu yang betul-betul aku nak, aku mesti dapatkan. jadi, adakah selama ini, untuk semua perkara yang kau(myself) tak letakkan sepenuh usaha, bermaksud kau tak nak. hmm, somebody please wake me up. a person who always realises something at the really last minutes.

whatever it is, like what my bestfriend said. dont ever regret what have happened but look forward for what is going to happen and try your best to make the journey of your achievement as the best memory in your life..(sighed)..haahh, i feel so satisfied writing this tonight.or maybe already morning..^-^




..last words, don't ever forget your effort in every single thing you do..



20111201

KEM TERKOK, SUNGAI SIPUT, PERAK

Assalamualaikum,

long time no see. hmm, agak-agak kem apa dekat atas tu. mungkin kalau saye tak delete the 'main word', korang akan tahu. tapi mungkin jugak ade yang dah tahu. atau..mungkin jugak.. ok, stop najihah, just stop it..
(stop and stare, i think i'm moving but i go nowhere)..


ok, tajuk di atas adalah tapak di mana kem PLKN yang akan saye sertai. ya Allah, berikanlah yang terbaik untukku. seandainya menghadiri kem itu yang terbaik untukku, hadirkanlah aku ke sana. kerana bukan aku yang memilih untuk ke sana tapi Engkau yang memilihku(bak kata Abang Alang).semuanya ada hikmah yang tersendiri. tapi, seandainya dengan tidak menghadiri kem itu lah yang tarbaik untukku, maka janganlah Kau hadirkan aku ke sana. aku sudah pasrah dengan apa yang bakal terjadi.

PLKN
PLKN bukanlah sesuatu yang buruk mahupun sesuatu yang sangat baik. tapi saya cukup tertarik dengan aktiviti-aktiviti lasak yang mengisi jadualnya. memang dah lama saya tak menyertai kem-kem yang macam ni. tapi, entah kenapa hati ini seperti tidak merelainya. ayat lirik lagu betul!hmm, ape-ape pun nak tengok maklumat pendaftaran saye...check it out!



 
KUMPULAN
:
1
 
PUSAT BERKUMPUL
:
PERHENTIAN BAS KAJANG, JLN REKO, KAJANG
 
NEGERI PUSAT BERKUMPUL
:
SELANGOR
 
 
 
NAMA KEM
:
KEM PLKN TERKOK, SUNGAI SIPUT, PERAK
 
ALAMAT KEM
:
PUSAT LATIHAN KEM REKREASI TERKOK
 
 
JALAN SG DURIAN LINTANG




 
 
 
TARIKH LAPOR
:
01-JAN-2012
 
MASA LAPOR
:
9:30 PAGI
 




haha..inilah dia! di Perak ye kawan-kawan. walaumacam mana pun, saye agak simpati dengan kawan saye yang dapat di sabah. kesian betul die dicampak dihantar ke sana.hmm, apa-apa pun, ramai yang kata. bile dah pegi sane, semua rasa macam tak nak balik disebabkan ke'best'an yang dialami. semoga apa yang kita dapat itu adalah yang terbaik, insyaAllah..

20111115

The First Two Days of SPM~~~~

Assalamualaikum,

firstly, i would like to laugh because..i am actually typing a post today..haha..the second day of SPM(!!!)..
i dont know why..but, i keep doing a mistake which i actually realise that it was a mistake..
WHY..?WHY..?WHY..?WHY..?WHY..?
it's okay naijhah..think positive dont ever stop to say you prayers yea..this is only one of the test for you to be more carefull for next and next and next papers..make wise decision which question to answer or you'll regret the same mistake again..aaahhhh..!!

THIS IS NOT YET THE FINAL BATTLE!
YEAH..!
FIGHT TILL END!


20111112

This Is It!!!


yup, another 2 days which actually one day left..aahh, and for a month i will be facing the SPM..




to all the SPM candidates where ever you are..whoever you are..just good luck as a wish from me to all of you..

20111106

Semangat, Najihah..!!


huh, SPM dah nak dekat lg seminggu..ya Allah, tapi aku masih belum bersemangat. masih dalam lenaku yang agak lena..berikan lah aku kesedaran ya Allah..SPM salah satu jalan penentu hidupku ya Allah..kenapa aku masih tak sedar2 lagi..ibu dan ayah aku sangat bergantung harapan terhadap aku..kenapa aku maish tak nampak..padahal sudah terang lagi bersuluh lagi bersinar di wajah dan mereka yang mereka berharap pada aku..bukan sahaja mereka malah saudara2 aku yang lain turut berharap..

Bangun lah NAJIHAH..Bangun dan Kejar Mimpimu dan Mimpi Mereka yang Ingin Lihat Kau Berjaya..

kepada rakan-rakan yang bakal turut sama berjuang..sama-samalah kita berjuang demi kebahagiaan orang tersayang dan demi Allah..insyaAllah..



kata-kata semangat untuk diriku..bangunlah..

20111001

Kuci..


"Kuci,
aku minta maaf sebab tak dapat nak sembuhkan kau. aku sangat sedih sebab kau tak dapat disembuhkan. aku minta maaf kerana lambat bertindak walaupun aku ingat sebenarnya mak aku nak bawa kau pergi klinik awal lagi. aku minta maaf sebab tak ingatkan mak aku selalu untuk bawak kau ke klinik. aku minta maaf Kuci.. sayap kau yang patah tak dapat ku kembalikan. malah, kau menjadi cacat dengan tulang baru yang tumbuh tapi dengan keadaan yang salah. aku minta maaf."

Kuci tu merupakan burung yang tak dapat dikenal pasti spesiesnya. even, doktor pun tak pasti tu burung apa. apa2 pun, burung tu burung yang dijumpai oleh adik aku, Haikal di sekolah Jumaat lepas dalam keadaan yang tidak boleh terbang kerana sayapnya yang patah. aku sangat sedih sebab tak dapat selamatkan sayap Kuci tu. kami bawa Kuci ke klinik lambat sangat.it was too late. and now, nothing can be changed. 

setiap hari aku balik sekolah, aku tengok dia, aku perhati dia..aku dapat rasakan dia ingin terbang, dia ingin bebas semula. aku lihat sayapnya dari hari pertama sehinggalah semalam, sebelum dia dibawa ke klinik. aku nampak perbezaan struktur sayapnya, dan terdetik di hati aku; masih boleh disembuhkan ke kalau macam ni..?hati aku selalu tertanya2 bila mak atau ayah aku nak bawa dia ke klinik.. dan akhirnya, inilah jadinya..

burung itu sangat cantik dengan bulu yang berwarna hijau dan mata yang berwarna merah. sungguh cantik, subhanallah. sekarang, Kuci tinggal bersama kami. aku tak tahu lah apa nasib Kuci selepas ni, sebab for the record..setiap haiwan yang tinggal di rumah kami.. atau dalam kata lain dipelihara oleh kami, pasti akan temui ajalnya....dalam masa yang agak singkat..

aku selalu tertanya2, sakit ke sayapnya yang patah. rasa ke dia, sakit tu..? sebab dia tak nampak seprti sakit pun. dan aku tertanya jugak, marah ke dia kepada kami sebab tak dapat menyembuhnkannya kerana terlambat..?kalau lah Kuci ada merasainya, aku harap Kuci maafkan kami semua. tak ada niat untuk kami sengaja biarkan Kuci macam tu..







ni lah Kuci yang dimaksudkan..keadaan die tak seperti yang dijumpai sebelum ni(physically)..dan die sekarang jadi penakut dengan kami..tak tahu kenapa..dan, maklumat tambahan yang adik aku nak aku tambah kat sini..dia suke berak..haiii, dah nama pun haiwan kan..hehe..

ok,
bye2..Assalamualaikum...

20110930

A VERY BIG DAY..!!

Assalamualaikum,

haah, daripada hari tu lagi nak update, tak dapat2..haha..berapa kali padam entry hah..tak pe2, kali ni nak teruskan jugak sebab ada benda menarik yang nak diceritakan..mungkin ada kawan ana yang nak ceritakan pasal ni jugak tapi, tak pe lah..dari view yang berlainan..hehe..

setelah sahabat-sahabat ana ni bertungkus-lumus selama seminggu ni, sampai sanggup datang ke sekolah setiap malam, kalau tak silap ana..sehingga tiba hari yang dinanti-nantikan..padahal hari khamis nak periksa tu, last paper:FIZIK..tapi alhamdulillah la jugak sebab sahabat-sahabat ana ni memang dah budak yang pandai-pandai kan..satu kelebihan untuk diorang..

30 SEPT 2011, tarikh yang menjadi detik akhir bagi salah seorang dari guru kami di SAMTEN iaitu Cikgu Noriah, guru Biologi kami..sahabat2 ana ditugaskan untuk menyiapkan video sempana majlis ni..dan mereka telah buat yang TERBAIK !!^-^..ada la sikit2 yang ana dapat bantu seperti masa interview Cikgu Mohmad yang menjadi 1 situasi yang kelakar..cikgu gelabah sangat.tak tahu lah kenapa..katanye, tak pernah dirakam untuk apa2 majlis..hasilnya, ada pelajar yang kata cikgu macho dalam video tadi..ceehh..cayalah cikgu Mohmad..

ape2 pun, ade babak yang amat mendebarkan hati berlaku siang tadi semasa majlis sedang berlangsung dengan lancarnya.. black out satu sekolah..ya Allah, ape la yang nak jadi ni..semasa doa sedang dialunkan, tiba2 black-out..bayangkan, terus tak khusyu'..dok memikrkan, macam mana ni, jangan la ya Allah..bantu lah kami ya Allah..majlis baru saje bermula, mood baru saje di'activate'kan..hmm, walau macam mana pun, keadaan tu dapat dipulihkan dengan langkah Ketua Pengawas kite eh..haha..elok2 pulak, dia nak berucap, eletrik ade balik..tuah Rais la katekan..sori rais, ngumpat ko kat sini pulak..

kenapa rasa macam apa yang aku cakap kat sini macam tak memberi apa2 ekspresi pun..haha..tak pe lah, yang penting, aku dah tulis ape yang aku nak tulis..

TAHNIAH ICT CREW..!!!
YOU GUYS HAVE DONE THE BEST!
kepada ahli unit ICT, jangan la risau sangat dengan apa yang akan jadi dengan korang tahun depan..i believe you can do it!!

20110909

1st Week of Trial~

Assalamualaikum,

hmm, selesai sudah minggu pertama pelajar form 5 selangor menghadapi Peperiksaan Percubaan 2011..
haa, sungguh melegakan..TAPI..!ade lagi 3 minggu ye najihah dan semua candidate..
minggu ni boleh dikatakan minggu yang menyakitkan tangan jari sebenarnye..ye lah, semua paper yang kena merangka karangan..haduihh..sampai senget-senget jari hantu eden nih..x pe, itu lah asam garam menjalani peperiksaan kan..haha..

dan boleh dikatakan ade la jugak soalan2 yang bocor tuh..sebenarnye bukan la ade jugak,oops..aku sendiri tertanya..macam mana dan bagaimana dan how dan kaise dan como diorang semua nih boleh tahu dan dapat soalan-soalan bocor tu..haii..macam-macam mana pun alhadulillah jugak lah sampai ke pengetahuan aku jugak..rezeki jangan ditolak..hehe..

JADI..!there's another three weeks yea..minggu depan punye 2 subjek je..sebab hanya hari selasa dengan rabu je periksa..hari isnin,.. kita RAYA..haha..masih sempat lagi tuh..tak ape la, kita kene sokong apa yang sekolah anjurkan dan buat untuk kita walaupun kita tengah periksa..betul tak.??betul kan..sekurang-kurangnya dapat jugak kita berehat sehari tu..hehe^-^ape-ape pun, 2 subjek tu..dua-duanye subjek yang tough..!ADD MATHS & P.SYARIAH ISLAMIAH..Good luck ye semua..!!semoga berjaya..! dan selamat berusaha..!

p/s: to my closest friends jangan lupa b'gambar ye isnin nanti..dan utk kawanku
aliah, ni kita baru try nak buat macam ko selalu buat..strikethrough..hehe^-^

20110828

Di Keheningan Petang



Assalamualaikum,



lebih kurang macam ni lah keheningan petang yang saya maksudkan tu..^-^


petang ni, tak tahu lah knapa aku rasa agak sayu dan terharu dan sewaktu dengannya lah..perasaan yang membuai, yang membuatkan aku seperti dihanyut ombak yang lembut beralun..ceh..hehe..mungkin petang ni, hujan secara tiba2..baca pulak blog kawan aku yang sorang tu, Aliah..terima kasih Aliah..ditambah pulak dengan seorang lagi hamba Allah yang boleh dikatakan buat aku terharu dengan kisah hidupnya..

kita kat dunia ni..jangan la sesekali lupa akan asal-usul kita..lupa akan orang2 yang membesarkan kita, yang menjaga kita dari kecil..tak kira la sesiapa pun..walau die bukan ibu atau ayah kita..hargailah mereka..kalaulah mereka marah dengan kita..tak semestinya selama2nya mereka akan marahkan kita..marah tak bermakna benci..hari raya ni elok la..kita sama2 berkumpul untuk bermaaf-maafan..kalau tak, sampai bila lagi kita nak tunggu untuk minta maaf..kalau terlambat, terlewat, tak sempat,.na'uzubillah..baru lah menyesal..saya harap sangat orang yang berkaitan ni..pulanglah ke kampung..fikirkanlah mereka yang berada di sana..mungkin mereka menunggu, merindui dan mengharap kepulangan korang..jangan pentingkan diri, dan hilangkan ego yang ada dalam diri..

sambil-sambil tu..di kesempatan ni saya nak ucapkan terima kasih kepada ibu dan ayah saya..mak2 saudara saya, ayah2 saudara saya, cikgu2 saya, kawan2 saya..tak kira lah di mana anda semua berada..saya sampaikan mohon dan maaf saya kepada anda semua..minta maaf atas segala kesalahan, kekhilafan, kesilapan yang telah saya lakukan ye..!minta maaf la tak dapat saya nak sebut sorang-sorang dekat sini..kalau nak sebut, satu post ni nama korang je lah yek..hehe..


terlupe pulak nak ceritakan sesuatu..semalam, i got a call from rumah nenek mak uda..and my che adik was on the phone..she was asking either we(my family) want to 'berbuka'
there or not..then i said: no..and today..i know why she asked..
because nenek wants to masak 'ayam pedas or ayam masak merah' which is my brother's favourite dish..haha..it's funny..to me la..maybe because of the way it was delivered..haha..my nenek is sungguh comel..!she waited and was keeping that menu only to cook after Amir's(us're) here..hehe..how precious is that..well, nenek..we're here..!i miss your delicious, tasty and luscious dish..
GRACIAS NENEK..!




SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI..!!!

20110825

Balik Kampung..!!


Assalamualaikum,

jadi aku tak tahu nak bagi respon macam mana untuk ni..
adakah aku patut...


senyum sebegini..tanda gembira dapat berjumpa saudara-mara aku..?ye..!semestinya aku sangat excited..

tapi adakah patut aku..




sedih..?tapi kenapa aku perlu sedih..?mungkin sebab ini tanda Ramadhan hampir meninggalkan aku..atau sebab tarikh TRIAL SPM yang semakin hampir dengan aku..ARGGHH..

atau mungkin juga aku rasa.....



ini..?yang mana aku sendiri pun tak tahu apakah perasaan ini..haha..mungkin aku rasa agak berat untuk balik ke kampung sebab terfikirkan tarikh yang makin hampir itu..

akhirnya aku memilih untuk rasa...

semuanya sekali..
lagipun, aku dah fikirkan..insyaAllah..kalau aku berada di kampung..mungkin aku akan lebih fokus study..sebab kalau dekat rumah sendiri..dengan tanpa rasa apa2 pun aku boleh berhenti study dan keluar..dan tengok tv..dan kemudian lalai..

aku akan be'raya' sakan pada hari pertama..dari pagi sampai la malam..tapi hari esoknya tu, aku study..tapi kalau dah hari pertama makan kuih raya je kerja, mesti esoknya tu membuta pulak kerjanya..haiih..tak pe, it's all your MIND..!you are what you think, right..

kepada, mak2 saudara, nenek, atuk kakak minta maaf kalau kakak menyendiri atau terperuk je dalam bilik ye..(harap2 la..jangan sekadar cakap je..)

OK! SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI SEMUA..!semoga ia membawa makna kepada kita semua..
kepada yang telah lama tidak pulang ke kampung, atau ke rumah..balik lah..aku yakin mereka merindui kamu, dan mereka sangat ingin tahu khabar dan keadaan kamu..seandainya ini tahun terakhir kamu berjumpa mereka, janganlah kamu menyesal untuk tidak pulang..fikirkanlah..

p/s:wish me luck for the trial..!

20110730

Sabarlah..

Assalamualaikum,

sekarang ni aku rasa amatlah sedih, terasa hati atau apa lagi..aku pun tak pasti..hati ni rasa sangat sedih melayan kerenah seorang hamba Allah..bukan lah melayan sangat pun..tapi, astaghfirullahal'azim..hanya dengan titisan air mata sajalah yang dapat meredakan perasaan ku ini..
apa nak jadi ya Allah..Engkau berikanlah petunjuk kepada hamba-Mu itu ya Allah..termasuklah aku..Engkau berikanlah saudaraku ini petunjuk dan hidayah-Mu..adakah dia tidak sedar dia sebenarnya sedang menyakiti atau melukai hati saudaranya sendiri..aku sangat sedih ya Allah..selamatkan lah hamba-Mu keseluruhannya..seluruh umat muslim di muka bumi ini..
ya Allah..Engkau berikanlah aku kesabaran menempuh mehnah di dunia ini..semoga Ramadhan yang bakal menjelma ini dapat membantu memudahkan ku untuk berubah..ya Allah, berikanlah aku petunjuk-Mu di bulan Ramadhan-Mu yang penuh barakah ini..jika tidak, bila lagi dapat ku peroleh hidayah dari-Mu, ya Allah..
aku amat memerlukan hidayah-Mu..aku sudah semakin jauh dari-Mu..dekatkan aku kembali..hampirkanlah aku kembali kepada-Mu, seperti sebelum ini dan malah lebih dekat lagi..sesungguhnya aku hamba-Mu yang lemah dan tidak mampu bergerak bersendirian tanpa-Mu, ya Allah..
ya Allah, Engkau berikanlah juga saudara2 di sekelilingku hidayah dan petunjukmu agar mereka juga tidak terpesong dr aqidah mereka..ya Allah, sesungguhnya mereka insan yang aku sayangi..jagalah mereka hindari lah mereka daripada segala kemungkaran, ya Allah..
ya Allah, tahun ini, merupakan tahun yang bermakna buat ku, ibu dan ayah ku..aku mohon ya Allah..berikan aku kesedaran untuk lebih gigih berusaha supaya dapatku gembirakan hati ibu dan ayahku yang tersayang..seperti yang perintahkan.."gembirakanlah hati ibu dan ayahmu..berbuat baiklah dengan ibu dan ayahmu.."
ya Allah sesungguhnya itu jugalah yang aku impikan..tp mengapa ya Allah..mengapa aku masih lagi dalam tidurku yang lena..aku mohon, bantulah aku untuk bangun, bangkit dan sedar akan kedudukan aku kini..akan masa yang sedang laju mengejarku ibarat kilat yang sabung-menyabung..jauh meninggalkanku..
ya Allah, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..Ya Rahman , Ya Rahim, Ya Karim..aku mohon kepada-Mu..bagi pihakku saudara maraku..sahabat-sahabatku..seluruh umat muslim dan mukmin di muka bumi ini..
..AMIN..

p/s: mungkin ade lari2 sikit..luahan perasaan yang tidak sengaja..

20110608

Penampilan BaruKu!


Assalamualaikum,

aliah, fatin, ameerah, asilah..!kite dah tukar penampilan..jap, kenapa ana sebut aliah dulu..hehe..ape2 pun, korang mesti terkejut tengok ana nanti..

hmm, penampilan dah baru..jadi diri pun perlu diubah lah..diubah ke arah yang lebih baik. masalahnya, bagaimana kita hendak mengubah diri kita..persoalan yang sangat baik kan..perkara paling sukar untuk dilakukan manusia ialah berubah. sebab apa? sebab kita sudah biasa dengan diri kita yang macam ni, tiba-tiba kita perlu berubah..

tapi, ada manusia yang mudah untuk berubah(ke arah positif)..mungkin itu lah kelebihan orang yang macam tu..dan ana percaya sebenarnya semua tu juga terdorong oleh semangat untuk berubah yang tinggi. kalau macam ana..ana rasa ana susah untuk berubah tapi, sekali ana dah berubah, insyaAllah akan kekal..
ingin berkongsi cerita..setelah ana berpindah ke bangi ni.. ana bukan sahaja mengalami penghijrahan tempat, tapi ana juga mengalami penghijrahan diri. di mana ana makin berubah. kalau macam dulu, ana seorang yang pemalu tak bertempat. malu yg terlebih2 ana sendiri pun rimas bila fikirkan balik.. sekarang.. tak ada la macam tu..dah berubah, alhamdulillah..dan ada lagi perubahan-perubahan yang lain yang tak perlu ana nyatakan di sini..peace!

ok, sekarang ni ana kene fikirkan cara untuk ana berubah..kumpul semangat untuk ana berubah..penampilan pun dah baru kan..sahabat-sahabatku tunggulah bukak sekolah nanti untuk tengok apa yang ana maksudkan..^-^

oh, ye sebelum terlupa..sebelum balik ke sini semula, ana sempat merasa pizza buatan mak saudara ana, che tie dan che jie..sangat sedap! sehingga menjilat hidung..hehe..terima kasih ye che tie dan che jie..nanti balik kampung kakak nak lagi..

ok, sampai di sini sahaja..assalamualaikum..

#we can have more than we've got because we can become more than what we are now

20110530

Adakah aku sudah MATANG?


Assalamualaikum,

baiklah, sebelum cuti hari sabtu lalu, ana ada baca satu artikel tajuknya Anda Matang Apabila..... dan tertera lah syarat-syaratnya itu. setelah itu, ana tertanya-tanya adakah ana dah matang..seperti yang ana selalu dilabelkan. berwajah matang dan kadangkala berfikiran matang. tapi adakah matang yang sebenar kalau setakat muka sa
haja matang atau boleh kata tua la.. sampai ada orang ingat ana mak orang..

ana: "cepat, sebelum ayah ana sampai nak amik ni"..(bermonolog)
mak cik di sebelah: melihat-lihat..lalu bertanya, erm, cari anak ke?
ana: ha? eh, tak de la saya tunggu nak beli mosha(minuman paling popular di sekolah) je..sambil tersenyum..

kelakar kan. ana yang baru 17 tahun, belum cukup bulan lagi nampak seperti mak orang. hmm, tak apa lah. kalau macam tu lah anggapan orang terhadap ana, selamat lah ana kan.. daripada jejaka-jejaka di luar sana..haha..ok, berbalik kepada kematangan tadi. daripada ana memanjangkan post ni dengan post orang lain apa kata anda semua lihat sendiri di sini --> MATANG
..

jadi sama-samala kita mematangkan diri kita yang sebenarnya masih belum matang ini. matang bukan setakat dari melihat wajah seseorang tapi bagi ana.. ana rasa matang yang sebenar ialah apabila kita pandai membuat keputusan sendiri, keputusan yang bijak ye rakan-rakan..begitu juga pandai mengatur diri sendiri dan setiasa berfikiran positif..

oh, ye sebelum ana tutup..tadi ana ada baca sebuah buku..err, novel sebenarnya..tajuknya, Di Mana Terangnya Bulan, hasil nukilan Bahruddin Bekri, penulis kegemaran ibu saudara ana. setakat yang ana baru baca sampai bab5 ni.. ana tertarik dengan kata-kata ni :"Dunia ini seperti laut. Engkau boleh tenggelam, engkau boleh timbul. Tetapi engkau tak boleh selama-lamanya timbul dan engkau tak boleh selama-lamanya tenggelam. Jadi engkau harus tahu berenang ke daratan."
jadi setelah ana baca ayat ni, ana sangat tertarik. apa yang lebih menarik lagi, kata-kata ni dikeluarkan oleh watak seorang lelaki yang ganas..tapi.., ada satu persoalan yang masih bermain di fikiran ana. macam mana pula kalau kita tak tahu berenang?(sebabnya, ana tak pandai berenang) tapi itulah tujuannya berkata, engkau harus TAHU berenang ke daratan. nampaknya ana kene belajar berenang cepat-cepat ni
h..hehe..

ok, cukuplah sampai di sini sahaja. sehingga bertemu lagi.
berperwatakan matang harus ada
pada diri setiap insan.
Selamat mematangkan diri!
..^-^..
-Assalamualaikum-

20110515

Writing..

Assalamualaikum,

hmm, rasanya semua yang ana nak tulis kena lah di postpone ke 27 mei dan selepasnya. hehe..maklumlah orang tengah periksa. tapi, kesempatan masih ada untuk tulis ini ye.

so, i guess i'm just going to say hi to my dear blog. not so sure if she's( the blog ) is my dear.^-^. hi bloggy. and i have to say good bye now. sweet dreams. don't miss me.
bye.......(^0^) NEED TO CONTINUE MY STUDY..!!!argh.., wish me luck!

wassalam..




















p/s: is the title related to what i'm saying..hmm

20110419

feed back














AL-JIHADU FII SABILILLAH!

20110410

MARUAH

Maruah

Jagalah maruah anda. Sekali tercalar, ia akan meninggalkan kesan yang
lama dalam hidup. Orang yang menjaga maruahnya adalah orang yang
berada di landasan yang betul dan sering melakukan perkara yang betul
dan baik.

M : Maruah letaknya di muka. Kerana itu orang akan menutup muka
apabila malu.

A : Aura yang baik akan membuatkan maruah anda naik begitu juga
sebaliknya.

R : reputasi mencerminkan maruh anda. Jagalah reputasi diri jangan
sampai dipijak orang.

U : Ungkapan orang terhadap kita mengambarkan sejauh mana maruah
kita dinobatkan. Buruk ungkapan keluar maka buruklah maruah kita
sedangkan KATA itu adalah maruah diri. Jadilah insan yang mengotakan
kata-kata. Mereka yang suka bermain dengan kata-kata dan tidak
mengotakannya, jatuh dalam golongan orang yang tidak bermaruah
kerana tidak membuat oarang percaya kepada kata-katanya sendiri.
maka jangan sesekali mungkir janji dan mengeluarkan kata-kata usul periksa.

A : Anggapan masyarakat juga mencerminkan nilai maruah kita. Oleh itu, amat penting menjaga maruah diri agar anggapan orang terhadap kita tidak serong.

H : Harga diri tidak boleh di jual beli dan ia jua lambang nilai maruah individu. Jangan sesekali meletak nilai pada harga diri anda.

LA ILAHA ILLALLAH!

-sambungan(kaitan) SATU KISAH..

SATU KISAH

Assalamualaikum,

malu itu sebahagian daripada iman. kalau waktu kecik-kecik dulu cakap: malu separuh daripada iman. wah, kalau macam tu senangnye nak beriman. separuh malu. separuh lagi sabar.hehe

jadi sebenarnya ana nak kongsikan satu kisah.kisah ni berlaku pada jumaat lalu. kisah yang agak memalukan dan ada kaitan dengan maruah seorang perempuan.tak apa, kita ikuti dulu kisahnye.

pada hari khamis, seorang pelajar ni tertinggal pakaiannya di satu kelas.pakaian sekolah yang dipakainya pada hari tu sebab petang tukar pakai baju sukan pulak.jadi esoknya, dia nak ambillah balik uniform sekolahnya tu. dicari-cari, tak jumpa.jadi dia fikir, mungkin ada kawan yang tolong bawa balikkan.tiba-tiba dia ternampak beg yang berisi pakainnya tu ada di tempat yang agak tersorok.dia pun bersyukur. alhamdulillah, ada rupanya. dia pun tengoklah ke dalam beg tu. tiba-tiba, dia terperasan baju sekolahnya tu seperti dibuka dan dilipat balik..tidak sekemas yang dilipatnya.(^-^).dia pun risau lah kan.dia angkat bajunya tu, tengok-tengok.purse dia tak ada.

tapi, dia masih berfikiran positif dengan memikirkan bahawa mungkin ada kawannya yang ambil purse sahaja untuk dibawa balik untuk dijaga.hmm..tapi, itupun macam pelik kan. tak apa, kita teruskan.dia pergi bertanya kepada rakan-rakannya tapi tak ada sesiapa pun yang tahu.dia menjadi takut, geram, marah, risau dan macam-macam lagi.perasaan yang bercampur-baur.setibanya di kelas, tiba-tiba ada seorang budak lelaki tanya, "wei, ko dah dapat dah dompet ko?"dengan ganasnya dia tanya (gimik). dia pun pelik dan bertanya, ada pada siapa, siapa yang jumpa dan macam mana dia jumpa.soalan yang memang sesiapa pun akan tanya.dan dia terus terfikir: ya Allah..budak lelaki ke yang jumpa.ya Allah, kenapa baju sekolah aku dibukak.perasaan takut melanda dan bermacam-macam thoughts membisik ke akalnya, apa yang sebenarnya terjadi kepada baju sekolahnya tu..dia bertanye soalan yang seterusnya kepada kawan lelaki sekelasnya yang tadi tu.tapi dengan selambanya die menjawab "nantilah aku cerita.malas la aku nak cerita".masa tu, perasaan kecewa dan terkilan pula melanda.

waktu rehat, dia berjumpa dengan lelaki yang memegang purse tu dengan perasaan malu takut dan sebagainya.lelaki itu memulangkan purse tu, tapi dia seperti tidak tahu keadaan yang sebenar.katanya, "aku tak tahu pun siapa yang jumpa, aku cuma diberitahu ada orang hilang dompet dan diamanahkan untuk memulangkan".ketika berjumpa dengan lelaki itu, dia menahan air mata yang hampir bergenang menahan perasaan yang bercampur-baur.malu, geram, marah, tapi lebih kepada malu kerana terasa seperti maruahnya jatuh.ye lah, siapa yang tak malu.purse dijumpa oleh budak lelaki.itu tak apa lagi.tapi ini, mereka yang jumpa tu pergi selongkar beg orang tu kenapa.sebab kalau nak kata terjumpa.mungkinlah kalau terjumpa beg yang berisi baju itu je.tapi ni, nampak sangat yang mereka terjumpa beg baju dan selongkar, dan barulah terjumpa purse yang sebenarnye telah disorok di bahagian bawah beg tu.

dia membebel(menasihat la) sedikit kepada lelaki tu dan menyuruhnya menasihat pula orang terjumpa tu, tapi nak buat macam mana, lelaki tu pun tak tahu siapa.hmm, tak apa lah.dia mula terfikir yang mungkin rakan lelaki sekelasnya tadi yang tahu cerita sebenar.tapi, ini cuma kisah yang masih belum tahu kebenarannya. apa yang sebenarnya berlaku.jadi, ana harap jangan la buat andaian apa-apa lagi.cuma mahu berkongsi cerita.

tapi itu lah, kesimpulannya..jangan la selongkar beg atau barang orang tanpa keizinan.kecuali lah masa tu ada spot-check pengawas buat ke kan.takkan kita tiba-tiba nak marah, nak halang.macam kelakar la pulak.barang itu, satu privasi dan juga maruah sesorang.jangan suka-suka je nak usik.kesian budak perempuan tu, dia menangis, sedih memikirkan apa sebenarnya yang berlaku.yang dia tak tahu. ana dapat rasa apa yang dia rasa.maruah jatuh tahu tak.tapi, tak apa, nanti kita rungkaikan cerita yang disebaliknya tu.

jumpa lagi dan Assalamualaikum..

20110320

Alhamdulillah..

Assalamualaikum..

alhamdulillah, dapat juga ana ingin memperbaharui blog ana ni. walaupun tak ada post baru. tapi tak apa lah.sekurang-kurangnya ada sesuatu yang baru yang mungkin boleh menaikkan semanagat ana. melihat blog kawan ana, rasa tercabar pun ada.hehe.

setiap perbaharuan yang kite buat pasti memberikan kelainan walaupun sedikit.
syukran..^-^

20110219

Alamak..!

Assalamualaikum,

banyaknye salah ejaan, dan tertinggal perkataan dalam post yang lepas.hmm..ana sendiri bace balik pun macam ape je. dan terima kasih che adik atas nasihat tu.hehe.nampaknya, penulisan blog ana memang kurang menarik la. kene mintak tunjuk ajar dan bace blog2 best yang lain nih.

sebenarnya, tak ada apa pun nak cakap. cuma nak luangkan masa dengan blog ni sekejap.haha.baru baca blog kawan, aliah tadi.terima kasih aliah. actually, i just did a little of favour. and you did all yourself after that. i hope you'll read this. you beated me..!once again, congratulations.hehe. cara cakap macam tak puas hati je ek. tak ada la. biasa la tu. semua orang ada perasaan kecewa. kalau tak ada, maknanya, dari awal lagi dia memang tak kisah apa pun yang akan terjadi.

to teacher asyikin;
i'm so sorry for doing so bad.hehe.
also to my teamates, shafiqah(chap), amar and mawaddah.
aarghh, why can't i stop thinking about that.it's already passed.
it's already a history.
but, thank you for supporting me..!
ok, lah.bye2, salam.

20110218

Debate..!!

Assalamualaikum,

mula2 sekali, ana nak minx maaf kepada pembace setia (kalau ade), terime kasih.sebabnye ana selalu x update blog ini. mse macam x nak bagi keizinan lah.haha.bukan la ana sibuk. ana x suke la org cakap ana sibuk. sibuk ni bg ana untuk orang yang dah memang btul2 merasai kesibukan tu. bukan pelajar sekolah menengah macam ana.tp utk yang mcm ana ni, penyibuk tu mungkin lah. hmm.

ok, debate..debate..debate..ape crite dengan debate nih. x pasal2 je kan. baiklah, akan ku ceritakan kepada anda semua. pada hari rabu dan khamis baru2 ni. sekolah ana, seperti kebiasaan setiap thun, akan ade kejohanan amal islami. di mana ana mengambil kesempatan untuk amik bahagian. dan yang peling ana nak sekali ialah public speaking, tp x pe lah. x dapat nak buat macam mana, x de rezeki. dan ana juga amik bahagian dalam 'debate'.mula2, dr thun lepas lg, dah decide x nak msuk debate dah tahun ni. tp disebabkan rmai kawan2 ana yang msuk. ana jd excited dan terdorong untuk msuk. itu dinamakan 'peer pressure is more beneficial than harmful(tjuk final debate)' ye.haha. msuk debate ni, kitorang firqah Tariq dapat by, trus ke sec round which is actually the semi-final. then, dengan persediaan dan keyakinan(not really)yang mungkin sudah cukup, kitorang the debators of tariq, melangkah dengan bersemangatnye untuk menentang lawan di bawah tajuk 'cellular phones should be allowed in schools' sbagai government.haha.

semangat itu berterusan hinggalah tiba mase ana as the 2nd speaker, will deliver my points and rebut the misleading point that was given the opposition leader.haha.ana x tau mana salah ana, apa salah ana. ana tergagap2 macam Lady Gaga'p'. ayat yang ana nak lontarkan macam tersekat di kerongkong ana yang boleh dikatekan sempit ini.haha.(merepek).kepala ana seperti tidak dapat mencari jalan keluar untuk lontarkan apa2 yang ptut. otak ana, darah yang mengalir, bagaikan tersekat di tengah jalan. traffic jam agaknye.hmm. ditambah lagi dengan P.O.I yang diberi oleh si saudara tu.haha. DITAMBAH lagi dengan masa yang semakin laju mengejar ana yang tergagap di tengah jalan ni. ya Allah, apa dah jadi. baru sahaje ana masuk ke ponit ana yang seterusnya, loceng yg menandekan masa sudah tamat,berbunyi, diketuk.oleh penjaga masa. trime kasih penjaga masa.dengan itu, ana, dengan nafas yang ada. membacekan point ana dengan selaju2nye. dan mohon terus mencadang.
setelah itu, ana sudah bersedia utk berikan P.O.I kepda speaker mereka yg sterusnye, akan tetapi apa yang ana tnggu2 x muncul2.hmm, kehairanan betul ana waktu tu. disebabkan reply speech blum siap lg mse tu, an tdk boleh concentrate dengan ape yang mereka cakap dan menghiraukan mereka merepak.haha.x ape lah, orang x berbakat memang macam ni.

setelah selasai tu, baru ana tau.sebenarnye, diorang x faham pun apa yang cakap selaju2nye tadi tu. patut la diorang x cakap ape2 untuk point ana yang kedua tu..haii,.nasib2.hehe.ana x rase puas berdebat amal islami tahun ni sbb, dapat main 1 round je.hei, x puas x, puas.
bila dah habis perdebatan tu. ana sedar salah ana. ana lupa Allah. ana tidak ingat untuk ingat Allah.sebab tu lah ana x dibantu. ana x ingat kepada siape patut mnx tolong.astaghfirullahal'azim.pengajaran yang sangat ana akan ingat.insyaAllah.bukan setakat ana je, kita smua patut.mungkin apa ana cakap ni biasa je. tp bg ana ni sesuatu yang besar. sebab ana merasainye. jangan lah kita lupa pada Allah.mugnkin susah untuk sentiasa ingt padaNya.mungkin, kita boleh cuba:jangan lah kita lupa untuk ingat padaNya.kita sedar, kita selalu lalai. jngan jd org yang sombong dengan Tuhan.Allah ni sombong tau.bukan la sombong, macam manuasia sombong. tp kita kena sentiase ingat Dia, bagi puji-pujian terhadap Dia. dengan itu Dia akan lebih dekat dengan kita.insyaAllah.takut la.umur dunia dah semakin menghapiri tarikh luputnye. bersedialah umat islam.bersedialah untuk kuatkan iman supaye tidak terpengaruh dengan fitnah2 akhir zaman.Amiin..

ya Allah, panjangnye ana tulis malam ni.hmm, nanti orang malas pulak nak bace.haha.macam ana.teruknye astaghfirullahal'azim.x pe2, mnusia ada pelbagai ragam.
ok, baiklah.before i end my writing i would like to strongly2 agree with today's motion which is cellular phones, eh, eh..sori lah, masih in the mood of debating kan.haha. oklah, same2 la kita kongsi2 apa yang patut.

bye, salam.


'INGAT..!', kata Shinchan..=D

20110120

Bismillah..

Assalamualaikum,

seperti biasa, dah lame ana x post blog ni..kenapa agaknya diri ni rasa malas untuk post. padahal semangat untuk post tu ada. apa yang nak dikongsikan pun ada. tapi, x tahu lah apa yang menghalang.

sekarang ni, ana sedang menyiapkan kerja2 yang melibatkan penggunaan komputer. jadi sebb itu lah ada kesempatan untuk menjenguk blog ni. hmm, sepanjang persekolahan boleh dikatakan masih ok. x sibuk dengan benda lain sangat. ayah pun dah risau asyik buat benda lain je daripada sekolah.(hehe. tapi x apa ayah. kakak x sibukkan diri kakak dengan benda lain sangat. insya-Allah. by the way, inilah ejaan sebenar bagi insyaAllah yang selalu kita sebut ye. dalam kelas BM hari tu, baru lah tahu ejaan betulnye.hmm..



jadi, tiba2 teringat kisah yang diceritakan oleh ustazah ana, Ust Mastura berkenaan lafaz Basmalah. lafaz ini sangat penting bagi memulakan sesuatu perkara @ perbuatan. lafaz Basmalah ini ada keajaibannya. seperti kisah2 yang pernah ana dengar. antaranya orang yang boleh berjalan di atas air hanya dengan melafazkan 'Bismillah'. ada kemungkinan kisah ini x batul, tapi terpulang kepada individu nak percaya atau x. tapi ana percaya, dengan kuasa Yang Maha Agung, nothing is impossible.macam mana pun, perkara tu x boleh berlaku kalau kita x ada keyakinan yang tinggi. kalau kita sendiri x yakin, macam mana nak terjadi.hmm, sebenarnye banyak pulak cerita yang ana nak kongsikan. tapi mungkin kita boleh berkongsi di lain masa. insya-Allah.

for the next post, insya-Allah it's about perubahan..
nantikan..=)(haha. perasan je)