20111228

Medical Check Up ----------> PLKN !!!

Assalamualaikum,

waaahhhh!!!! ehem, mintak maaf lah. start2, menjerit pulak kan. erm, bukan apa. luahan perasaan sebab kena pergi juga akhirnya Kem Latihan Khidmat Negara tersebut. apa boleh buat, mungkin ini yang terbaik untuk diriku. setelah berhari-berhari memikirkan, buat solat hajat untuk yang terbaik, dan inilah yang akhirnya menjadi yang terbaik untuk aku. semoga aku dapat menerima dan sesuaikan diri dengan suasana di sana, insyaAllah. dan! semoga ia menjadi sesuatu yang berbaloi untuk aku luangkan masa selama 2 bulan setengah, Amiinn..



Medical Check-up (1)


27/12/2011- aku pegi la dengan ibu tersayang ke klinik kesihatan bangi pada jam kurang lebih 3.30 petang. letak borang, dan tunggu. akhirnya seorang pegawai perubatan keluar dan memanggil namaku. ini dah macam nak buat novel jek. straight to the point! semasa dalam bilik tu, perasaan aku sedikit tidak selesa.
ada 3 probabilities: i) aku memang nervous untuk medical check-up tu.
                             ii) aku tak selesa sebab pegawai perubatan tu lelaki.(punye lah berdoa untuk perempuan)
                             iii) mungkin jugak, sebab pegawai tu agak handsome. haha
just kidding. apa-apapun, aku memang sangat nervous. entah kenapa. mungkin sebab ini penentuan aku, sama ada aku akan pergi atau tidak. tapi, hari tu, pegawai tu cakap aku perlu datang esoknya untuk dapatkan pemeriksaan lanjut kerana mengidap penyakit asthma. masa tu, mungkin ibuku agak tersenyum kerana penyakit asthma aku mungkin boleh dijadikan alasan.

Medical Check-up (2)


28/12/2011-aku pergi ke klinik yang sama pada jam 2.30. macam biasa, sedang menunggu no giliranku dipanggil. setiap bunyi beeeep! jantung aku akan speed up sekejap. bila tengok bukan no aku, normal balik. dan begitulah seterusnya hinggalah nombor giliranku muncul. masuk ke bilik yang sama bertemu dengan pegawai yang sama. tapi kali ni, aku kena tunggu untuk seketika. masa tu, dalam bilik yang sama ada seorang lelaki yang mungkin sebaya dengan aku sedang buat check-up untuk plkn juga. aku pun, apa lagi curi-curi dengar la. haha. bukan curi-curi pun, memang dia kat belakang aku je.
budak (L): saya selalu pening2 la..
pegawai 1: awak selalu pening2 tu masa bila? sekerap mana?
budak (L): setiap kali saya bangun tido
tiba-tiba pegawai yang cek saya keluar dari bilik 1 lagi ke bilik kami(pegawai 2)
pegawai 1: ni macam mana ni. dia kata selalu pening2.
pegawai 2: teruk ke pening2 awak tu? awak tido bila yang pening tu?
budak (L): erm saya tido tengah hari.(sambil tersenyum, tersengih dan seumpama dengannya. agaknya lah. dia kan kat belakang aku)
pegawai 2: (mencelah sambil tersenyum) alah, biase je tu. layak je. tak de ape-ape lah. awak jangan. nanti sampai umur 33 diorang carik awak. (masih tersenyum dan melihat-lihat dokumen saya)
masa itu, aku turut tergelak kecil dan tersenyum, sambil memikirkan : ada peluang ke untuk aku tidak layak ke PLKN nih??hmm..

check-up diteruskan dengan beberapa proses yang mengambil masa yang lama. sekejap pergi bilik ni, sekejap pergi bilik tu. oh, ye! ada seorang rakan sekolah yang buat check-up juga tadi, iskandar namanya. sekadar perasan je dia di situ. berbalik kepada bilik-bilik yang banyak tadi. tibalah aku ke proses yang terakhir iaitu bertemu dengan doktor selepas membuat pendaftaran. 

katanya aku perlu tunggu doktor dari bilik 3 untuk memanggil nombor giliranku. tunggu punya tunggu. sampai sempat aku pergi ambil air masak dalam kereta mak aku sebab terlalu dahaga. haih, lama betul bilik 3 nih. tak panggil2 orang lain pun. dalam masa sejam, 2 atau 3 orang je yang dipanggil. 

nak dijadikan cerita. sedang  kami masih menunggu giliran, tiba-tiba aku terdengar ada suara yang seakan-akan menjerit memanggil namaku. aku terkejut dan terus berpaling ke arah suara itu kedengaran. dan kelihatan akak nurse dari kaunter di belakang sana yang memanggil namaku. aku dengan hairan terus bangun serta-merta dan menuju ke arahnya. lalu dia berkata....
nurse: awak tunggu kat sana ke. itu untuk ibu mengandung. dah lama dah panggil awak. sepatutnya awak dah boleh balik dah sekarang.
aku: oh, ya Allah. ye ke. ok2...
aku tergelak dengan sendiri sambil bergegas mendapatkan ibu aku. haha. sungguh kelakar ye. nasib baik lah mak ayah aku tukar shift menemani aku. dan shift kedua ialah ibuku. kalau tak, lagi malu aku dibuatnya. takkan la ayah aku boleh dianggap ibu mengandung pulak kan. walau macam mana pun, orang di sekeliling tetap memandang pelik ke arah kami. haha. dan akhirnya aku masuk ke "bilik 3" yang sepatutnya dan aku diisytiharkan layak ke ---------> PLKN..!

fiiiuuuuh, panjang sungguh entry kali ni. ini pun, dah banyak potong. ok! kepada rakan-rakan yang turut sama akan berjuang demi negara. moh la kita sama-sama yek! (aish, terlebih sudah). ini sekadar ingin mengumpul semangat aku untuk ke sana. haha


okay, till then!

4 comments:

wananisamirah berkata...

Najihah, good luck m'hadapi PLKN. I know u can face it with ease. Pinjam ayat dlm pic tu jap: Always think positive! ALLAH is always by yourside everytime you need HIM. Fighting, Najihah! :)

najihah bt rosmi berkata...

hehe..wananisamirah..syukran jazilah! thank you very much! muchas gracias! kamsahamidha! arigato gozaimau! merci! xie xie!..hehe.. dh x dpt fkir dah bhasa lain..

wananisamirah berkata...

Hihi, sungguh banyak bahasa yg digunakan, menunjukkan kepakaran anda dlm pelbagai bahasa. No biggies, najihah. Sama-sama <--taktau bhs lain, sorry ye :D

Ashlee Chin berkata...

Di mana la ni mahu ambil surat PLKN ni aduii. ..

#comment