Assalamualaikum,
baiklah, sebelum cuti hari sabtu lalu, ana ada baca satu artikel tajuknya Anda Matang Apabila..... dan tertera lah syarat-syaratnya itu. setelah itu, ana tertanya-tanya adakah ana dah matang..seperti yang ana selalu dilabelkan. berwajah matang dan kadangkala berfikiran matang. tapi adakah matang yang sebenar kalau setakat muka sa
haja matang atau boleh kata tua la.. sampai ada orang ingat ana mak orang..
ana: "cepat, sebelum ayah ana sampai nak amik ni"..(bermonolog)
mak cik di sebelah: melihat-lihat..lalu bertanya, erm, cari anak ke?
ana: ha? eh, tak de la saya tunggu nak beli mosha(minuman paling popular di sekolah) je..sambil tersenyum..
kelakar kan. ana yang baru 17 tahun, belum cukup bulan lagi nampak seperti mak orang. hmm, tak apa lah. kalau macam tu lah anggapan orang terhadap ana, selamat lah ana kan.. daripada jejaka-jejaka di luar sana..haha..ok, berbalik kepada kematangan tadi. daripada ana memanjangkan post ni dengan post orang lain apa kata anda semua lihat sendiri di sini --> MATANG
..
jadi sama-samala kita mematangkan diri kita yang sebenarnya masih belum matang ini. matang bukan setakat dari melihat wajah seseorang tapi bagi ana.. ana rasa matang yang sebenar ialah apabila kita pandai membuat keputusan sendiri, keputusan yang bijak ye rakan-rakan..begitu juga pandai mengatur diri sendiri dan setiasa berfikiran positif..
oh, ye sebelum ana tutup..tadi ana ada baca sebuah buku..err, novel sebenarnya..tajuknya, Di Mana Terangnya Bulan, hasil nukilan Bahruddin Bekri, penulis kegemaran ibu saudara ana. setakat yang ana baru baca sampai bab5 ni.. ana tertarik dengan kata-kata ni :"Dunia ini seperti laut. Engkau boleh tenggelam, engkau boleh timbul. Tetapi engkau tak boleh selama-lamanya timbul dan engkau tak boleh selama-lamanya tenggelam. Jadi engkau harus tahu berenang ke daratan."
jadi setelah ana baca ayat ni, ana sangat tertarik. apa yang lebih menarik lagi, kata-kata ni dikeluarkan oleh watak seorang lelaki yang ganas..tapi.., ada satu persoalan yang masih bermain di fikiran ana. macam mana pula kalau kita tak tahu berenang?(sebabnya, ana tak pandai berenang) tapi itulah tujuannya berkata, engkau harus TAHU berenang ke daratan. nampaknya ana kene belajar berenang cepat-cepat ni
h..hehe..
ok, cukuplah sampai di sini sahaja. sehingga bertemu lagi.
berperwatakan matang harus ada
pada diri setiap insan.
Selamat mematangkan diri!
..^-^..
-Assalamualaikum-
2 comments:
hehe bagus kakak baca buku di mana terangnya bulan.sgt menarik and byk kata2 yg baik:).i love you kakak!kakak matang!
hehe..che adik..harap2 btul, yg kakak matang..Amiin..
Catat Ulasan