superhero. siapa superhero anda semua? kalau tanya saya, saya akan jawab.. mungkin spiderman, mungkin superman, mungkin batman? well, kalau ikutkan itulah superheroes yang dikenali di seluruh dunia, bukan?
sebanarnye tadi petang ada tengok cerita spiderman 1. tiba-tiba terfikir. kenapa budak-budak suka cerita superhero. diorang bukan faham sangat pun cerita tu. apa yang diorang dapat daripada cerita-cerita superhero idaman diorang cumalah angan-angan yang diorang pun nak jadi macam superhero tu dan mulalah beraksi di alam fantasi diorang. sedangkan dari sudut pandangan orang dewasa macam saya.. ceh, macam matang sangat je. bukan itu yang 'kami' dapat daripada cerita-cerita macam ni.
contohnya, seperti cerita spiderman yang saya tengok tadi. di akhir cerita tu....
MJ: i love you..
Peter Parker(Spiderman) : that moment i just wanna say, i love you too(monologuing)..
Then, he said : sorry, i can't. i will always there by your side, taking care of you, looking after you...i will always be your best friend.
Then, he left her alone with a background voice. 'There is one thing I remember most; "A great power comes with a great responsibility"
begitulah lebih kurang ending cerita itu sebab masa ni tiba-tiba pulak hujan turun dan terpaksa bergegas mengangkat jemuran.haha. ok, jadi. saya rasalah kan. kalau budak-budak yang tengok cerita tu, dah tak teringin sangat dah tengok part ni. sebab apa. sebab diorang tak faham apa pun. yang diorang faham, cerita tu dah habis, spiderman dah pun 'save the world'.hehe. tapi bagi saya. apa yang saya faham dari sini.
pertama : saya faham yang Peter terpaksa cakap macam tu, sebab dia tahu yang dia hanya akan meletakkan nyawa MJ dalam bahaya jika dia luahkan perasaan sebenar. jadi, dia terpaksa berkorban.
kedua : saya faham bahawa "A great power comes with great responsibility"..
and that's the most important thing. sometimes, watching movies is beneficial to us. even movie yang tak elok. erm, tak de la yang tak elok. tapi kalau kita tahu dari sudut mana kita patut lihat sesuatu movie tu. kalau kita tengok dari sudut buruk, buruklah jadinya. kalau kita tengok dari sudut baik, baiklah jadinya. walau apapun, tetap, kita kena pilih movie yang sesuai.
teringat satu cerita ni. tajuk dia saya tak ingat. tapi lelaki ni, dia seorang kaunselor. dia berunding dengan orang-orang yang bermasalah la. satu hari, dia bawa keluar semua orang dalam group dia tu dengan bas dan bawa pegi ke tempat yang amat sesak, dengan traffic jam dan suasana yang bising. kemudian, dia bertanya : apa yang kamu nampak? apa yang kamu rasa? beberapa daripada mereka menjawab : kesesakan lalulintas. aku rasa rimas. aku tak dapat dengar suara aku sendiri pun.
cukup dengan itu, kaunselor tadi bawa mereka ke satu bangunan dan bawa mereka naik ke atas bumbung bangunan itu. dan sekali lagi dia bertanya : apa yang kamu nampak? apa yang kamu rasa?
mereka semua berkata : aku dapat lihat bandar yang luas dan tenang dari atas sini. dan mereka tersenyum.
ia masih tempat yang sama, dunia yang sama, cuma kita berada di sudut yang berlainan untuk melihat sesuatu perkara dari pandangan yang berlainan. oleh itu, setiap perkara ada baik dan buruknya, dan kita harus pandai melihatnya.
till then..!
0 comments:
Catat Ulasan