mungkin agak lambat saya post cerita ni.. tapi, you must want to keep reading it..(i guess??) haha
15 haribulan hari tu, saya ada test JPJ. test kereta.. saya sampai awal, dan dah dapat rasakan ke'gementar'annya. then, daftar, amik nombor, tunggu giliran. ya! saya terjumpa kawan saya di sana. excited betul. sebab memang saya terfikirkan dia mase tengah menunggu. kalau jodoh tak ke mana.. by the way, nama dia Nurul Alifah bt Abd. Ghaffar ^^
untuk ujian II, iaitu ujian dalam litar yang perlu buat bukit, parking sisi dan 3 penjuru. sekaligus 12 orang dia panggil ?? apekah ?? saya nombor 11, terkejut saya. tapi, maintain rilex. haha! lepas tu, alhamdulillah.. semuanya saya lepas dengan jayanya. lega betul ! sampailah tiba masa saya menunggu giliran untuk ujian III, iaitu ujian jalan raya. debaran amatlah terasa. sambil menunggu, banyak juga yang balik-balik dari jalan raya JPJ sendiri yang memandu. memang sah ! mereka gagal.
memandangkan 15 haribulan tu hari jumaat, mestilah diorang-diorang ni nak kena solat jumaat. tapi hari tu, saya ingat giliran saya sempatlah sebelum diorang solat. dah habis tenaga dah tahan nervous, last-last, cikgu kata sambung pukul 2.30 pm nanti. haisshh, kacau betul. tapi tak pe, alhamdulillah. Allah bagi masa untuk saya solat dulu, mohon doa lagi dan tenangkan hati. lepas tu memang saya tenang dan dah gelak-gelak dah dengan mereka-mereka yang kat sana tuh. bergurau tapi tak sempat bertanya nama pulak. kebetulan je duduk dengan mereka dan dengar lawak mereka.
serba sedikit anatomy kereta. ahaks !
alhamdulillah, saya tak ada masalah nak control kereta tu. semasa saya rasa perjalanan baru je bermula, saya baru je nak merasa kereta baru yang smooth je rasa perjalanan die, baru je masuk gear 3, tiba-tiba ... JPJ tu kata, "Awak berhenti kat sini je lah. kat tepi jalan ni." ...... "oh, ok."saya menurut. dah berhenti, saya tarik hand break, free gear. "ok, kita berhenti kat sini je. awak rilek je. saya nak tengok kereta-kereta ni lalu. kan senang je test kereta ni", dia berkata. " huh ? senang ape ? ape yang dia nak buat ni ? nak uji saya ke ? saya dah gagal ke ? tapi apa yang saya buat ? ya Allah, bantulah aku ! dah la dia lelaki ! kalau dia nak uji, dia nak uji apa ? saya patut cakap apa-apa ke ?" kesunyian melanda. neither me nor him spoke at that moment. saya mengambil tindakan untuk hanya memandang ke luar tingkap kereta di sebelah saya, konon melihat-lihat kereta yang lalu. tiba-tiba dia bersuara, "awak rilek je. saya tak nak awak jalan terus/teruskan. saya nak awak buat U-turn kat depan ni je", mungkin dia perasan yang saya tak berapa selesa dengan keadaan/situasi tu. saya pun terfikir, dia nak uji ke? saya tanyalah boleh U-turn ke kat depan tu? dia dengan cepatnye, jawab boleh.
tiba-tiba saya terasa lega. mungkin dia tak nak saya teruskan sebab dia rasa saya dah boleh bawak kereta tu. dan itu je yang dia perlu untuk luluskan saya dalam ujian ni. Alhamdulillah ! selang beberapa minit kami nampak kereta mereka yang lain dah patah balik, dan masa itulah dia suruh saya buat U-turn. akhirnya, saya selamat kembali di sekolah memandu. dia suruh tanda tangan dan saya lulus.
saya dapat buat kesimpulan, dia buat macam tu, sebab dia dah malas atau bahasa sopan sikit dah penat. saya calon(test) terakhir dia walau sepatutnya, dia ada lagi sorang. tapi dia menolak dan last calon tu diberikan kepada JPJ bernombor kereta 56, kesian. tak apa, rezeki halal..insyaAllah.
jadi, itulah cerita saya. hanya saya dan Allah sahaja yang tau perasaan saya waktu dia suruh saya berhenti di tepi jalan. tapi rezeki saya macam tu. Alhamdulillah. daripada saya perlu habiskan perjalanan macam yang lain, tapi, saya siap dapat berehat lagi di tepi jalan. berehat la sangat. perasaan sejuk tapi tangan berpeluh waktu tuh. pengalaman yang memberi kenangan lucu dan manis. mungkin agak panjang tapi, dah tak boleh nak pendekkan. inilah yang ikhlas dari hati saya untuk saya kongsikan bersama yang sudi membaca. terima kasih sudi meluangkan masa !! GRACIAS, MERCI, XIE XIE, THANK YOU, GHAMSAHAMIDA, ARIGATO, SYUKRAN and last but not least, TERIMA KASIH ! ^-^
till then !
0 comments:
Catat Ulasan