20111213

Secomel Awan

Assalamualaikum,

hmm, ada kena-mengena ke dengan aku yang baru habis periksa SPM nih..tak ada kena-mengena pun.apapun, aku berharap kepada semua candidate SPM.jangan lah rasa terlalu seronok selepas kita diisytiharkan "MERDEKA" kononnya..hehe..sebab masih ada yang perlu kita lakukan iaitu bertawakkal setelah kita berusaha bersungguh-sungguh.cakap pasal tawakkal, teringat pulak konsep tawakkal(baru habis pekse Quran Sunnah). aku rasa ramai yang salah gunakan konsep tawakkal.di mana, aku percaya ramai antara kita yang kurang berusaha dalam sesuatu, terutamanya peperiksaan, tapi selepas tu, berdoa punye lah macam-macam supaya Allah berikan kejayaan..hmm, aku rasa aku pun mungkin termasuk dalam golongan tu.harap-harap selepas ni, kita sama2 menjadi golongan mereka yang sentiasa sedar dan tidak leka..Amiin..


berbalik kepada "Secomel Awan"..comel kan kata-kata ni? kata-kata membuatkan aku tersenyum sendiri selepas ditunjukkan kata-kata ni yang berada dalam majalah sekolah oleh sahabat aku : fatin nasyira..sebab kata-kata ni seolah-olah buat aku sedar yang sememangnya awan itu sangat comel dengan kepulan-kepulan yang membentuk bulat seperti kapas..di sebalik keindahan ciptaan awan, terselit juge kecomelannya..(apakah??)haha..tapi, sesungguhnya indahnya ciptaan Allah tidak dapat dinafikan..SUBHANALLAH..

sekarang ni, sekali aku melihat ke langit, secara tidak langsung aku akan mencari-cari awan yang kelihatan comel dan nikmati keindahannya..besar juga peranan kata-kata ini kerana secara tak langsung membuatkan kita menghayati kebesaran dan keagungan ALLAH SWT..alhamdulillah..

nak dijadikan cerita, aku dan sahabat karib aku ni, bermula untuk mencipta kata-kata yang t'diri daripada 2 perkataan yang lain. seperti "Secomel Awan" ni..dan....inilah hasilnya..saksikanlah..



haha..sungguh kelakar bila dilihat balik..ye lah..dah la kertas yang digunakan tu kertas yang dah patut dikitar semula, siap ada lukisan muka lagi..apa-apa pun ini menyimpan seribu kenangan..tentang betapa memerah otaknya kami untuk memikirkan kata-kata ini..^-^ antara yang agak,ehem-ehem..secomel daisy, secarik memori dan lain-lain..

ingatlah "Secomel Awan" ketika anda rasa seperti memerlukan ketenangan hati dan jiwa..dan ingatlah juga pada ketika anda rasa putus asa terhadap sesuatu..kerana dengan memandang ke langit akan menyedarkan kita bahawa masih banyak peluang yang ALLAH kurniakan untuk hamba-hambaNya, insyaAllah..jika gagal, berusaha lagi dengan bersungguh-sungguh dan bertawakkal kepada ALLAH..



see you again next time..

0 comments: