waaahhhh!!!! ehem, mintak maaf lah. start2, menjerit pulak kan. erm, bukan apa. luahan perasaan sebab kena pergi juga akhirnya Kem Latihan Khidmat Negara tersebut. apa boleh buat, mungkin ini yang terbaik untuk diriku. setelah berhari-berhari memikirkan, buat solat hajat untuk yang terbaik, dan inilah yang akhirnya menjadi yang terbaik untuk aku. semoga aku dapat menerima dan sesuaikan diri dengan suasana di sana, insyaAllah. dan! semoga ia menjadi sesuatu yang berbaloi untuk aku luangkan masa selama 2 bulan setengah, Amiinn..
Medical Check-up (1)
27/12/2011- aku pegi la dengan ibu tersayang ke klinik kesihatan bangi pada jam kurang lebih 3.30 petang. letak borang, dan tunggu. akhirnya seorang pegawai perubatan keluar dan memanggil namaku. ini dah macam nak buat novel jek. straight to the point! semasa dalam bilik tu, perasaan aku sedikit tidak selesa.
ada 3 probabilities: i) aku memang nervous untuk medical check-up tu.
ii) aku tak selesa sebab pegawai perubatan tu lelaki.(punye lah berdoa untuk perempuan)
iii) mungkin jugak, sebab pegawai tu agak handsome. haha
just kidding. apa-apapun, aku memang sangat nervous. entah kenapa. mungkin sebab ini penentuan aku, sama ada aku akan pergi atau tidak. tapi, hari tu, pegawai tu cakap aku perlu datang esoknya untuk dapatkan pemeriksaan lanjut kerana mengidap penyakit asthma. masa tu, mungkin ibuku agak tersenyum kerana penyakit asthma aku mungkin boleh dijadikan alasan.
Medical Check-up (2)
28/12/2011-aku pergi ke klinik yang sama pada jam 2.30. macam biasa, sedang menunggu no giliranku dipanggil. setiap bunyi beeeep! jantung aku akan speed up sekejap. bila tengok bukan no aku, normal balik. dan begitulah seterusnya hinggalah nombor giliranku muncul. masuk ke bilik yang sama bertemu dengan pegawai yang sama. tapi kali ni, aku kena tunggu untuk seketika. masa tu, dalam bilik yang sama ada seorang lelaki yang mungkin sebaya dengan aku sedang buat check-up untuk plkn juga. aku pun, apa lagi curi-curi dengar la. haha. bukan curi-curi pun, memang dia kat belakang aku je.
5 comments:
Najihah, good luck m'hadapi PLKN. I know u can face it with ease. Pinjam ayat dlm pic tu jap: Always think positive! ALLAH is always by yourside everytime you need HIM. Fighting, Najihah! :)
hehe..wananisamirah..syukran jazilah! thank you very much! muchas gracias! kamsahamidha! arigato gozaimau! merci! xie xie!..hehe.. dh x dpt fkir dah bhasa lain..
Hihi, sungguh banyak bahasa yg digunakan, menunjukkan kepakaran anda dlm pelbagai bahasa. No biggies, najihah. Sama-sama <--taktau bhs lain, sorry ye :D
Di mana la ni mahu ambil surat PLKN ni aduii. ..
#comment
Awak buat medical checkup dapat immediate results ke tunggu beberapa hari ?
Catat Ulasan