20120811

Baruku Tahu

Assalamualaikum,

bidang ICT ni, memang best sebenarnya. dan merupakan salah satu bidang yang saya minati sebelum ini. seingat saya, time sekolah rendah dulu, kami ada subjek komputer dan seingat saya, dalam subjek ini saya mesti dapat A. saya memang minat. kami sempat belajar sampailah ke pembikinan video. ceh, "pembikinan" tuh. tapi setelah dah masuk ke tingkatan 1 dan berpindah ke selangor ni..dah tak ada subjek tu, jadi berkurang dan makin berkurang "pengapliksiannya"..apakah?? mungkin ini antara perkara yang sahabat-sahabat saya belum tahu tentang saya. mereka pernah memberi reaksi terkejut selepas saya memberitahu, saya ada buat video tentang kami.

tapi bukan itu yang nak diketengahkan, diutarakan, diselatankan dan yang seumpama dengannya selain diketepikan. baru malam ini saya dapat tahu dengan jelas yang ibu saya ni sebenarnya minat dalam pembikinan video. saya sedia maklum yang beliau ada minat dalam bidang ICT. kalau tak salah saya di universiti dulu pun, beliau belajar dalam bidang komputer la. tak pasti pulak saya apa nama course nya.

semasa di kuantan dulu beliau pernah belajar sendiri cara-cara untuk membuat video sehinggalah beliau yang dipertanggungjawabkan untuk membuat video untuk sekolah lamanya. dengan kemudahan dan peralatan yang serba-serbi, beliau sanggup. mengikut ceritanya tadi lah. sorry, ibu kalau salah maklumat.

baru-baru ini pun, beliau mendaftarkan diri dalam...ape eh bu? kakak lupe lah. tapi ia seperti kelas untuk belajar lebih mendalam tentang pembikinan video, khas untuk cikgu-cikgu. lebih menarik lagi, tadi beliau ada menceritakan sedikit pasal.. nanti, bila beliau dah pencen, beliau nak/merancang untuk menceburkan diri dalam bidang ini. membikin video secara profesional. bermaksud untuk dijadikan kerja. contoh, buat video montaj, untuk orang-orang nak kahwin ke, atau apa-apa je lah. waaaaaaahh, ibuu ! tak sangka ! excited betul saya. mujur je saya tak cakap tadi "nanti boleh la ibu buat video montaj, kakak kahwin nanti macam mak uda" kuang3.. disebabkan excited,saya terus bertanyakan, macam mana ibu nak promote atau memperkenalkan diri ibu nanti ? ibu jawab dengan cool je "nantilah. nanti idea tu datanglah. lambat lagi."

dari cara beliau menceritakan, saya dapat rasa beliau memang menginginkannya.
kakak harap, apa yang ibu rancang ni insyaAllah menjadi kenyataan nanti, Aameen..
semoga ianya dapat direalisasikan. nanti kakak boleh jadi camerawoman ibu ^^..


suka betul saya tengok gambar ibu dan ayah saya berdua ! ^^

till then !

4 comments:

FitraLya berkata...

najihah minat ict? HAHA. kalau minat kenapa tak cakap dari awal? boleh join unit ict buat kerja masa dulu. hek2..

wahhh2..cikgu haniah..tak sangka ye ada bakat yang dipendam. boleh la lepas ni nak collaborate dgn cikgu haniah buat video ke apa2 :)

FA berkata...

wah kakak da dapat komen da ni!hehe:)).Ibu kakak mmg kreatif. nenek sokmo oyak doh "kak noor tu kreatif sejak kecik2 lagi, ada idea yang unexpected"

Ahlami berkata...

Hihi.
Ibu kakak memang kreatif sebenarnya. and mak ude percaya, setiap org anak atuk nenek mmg ada kreativiti masing2. hehe

Natural.Humble.Reality berkata...

FitraLya..mmg teringin pun nk join unit ICT..tp dh dpertanggungjwbkn bnde lain..hehe..nk join buat kerja2 ICT pun, nk jgk..tp x b'kesempatan plak..jd, end up dgn jeles je lah..hehe..

fatienwm n Ahlami: che adik,mak uda..ye ke..hehe..ni yg bangge nih..^-^ kakak pun sbenanye prasan jgk ibu tu kreatif..^-^