hmm, lama rasanya saya tak mengisi ruang blog ini. sudah hampir 4 bulan saya di perantauan. dan baru sahaja tamat "Exam Midyear". kalau nak bercakap pasal cerita, memang dah banyak sangat cerita-cerita yang terkumpul dari hari pertama sampai di sini. sampai saya pun tak tahu apa yang nak dikongsikan. macam tak ada apa yang berlaku.
tapi mungkin nak bercerita sikit pasal orang-orang Mesir ni.
Baik = Sangat baik & Kurang Baik = (unidentified)
diorang ni, kalau baik, memang baik sangat. kalau yang kurang baik tu pun, tak ada lah nak cakap memang jahat betul, tapi lebih kurang macam tu lah. hehe. Dr. saya sendiri pernah cakap, taxi drivers are "kazib"..kazib yaa'ni penipu. kami yang berada di dalam kelas waktu tu macam, waah, orang egypt sendiri pun cakap macam tu dekat foreigners macam kami. tapi, boleh kata itu betul. kalau naik taxi di sini. die akan charge ikut suka dia je. yang mana yang "kurang baik" la. yang mana sangat baik tu, subhanallah, sangat baik. disebabkan sudah ada pengalaman dengan yang kurang baik, kami akan tanya harga tambang sebelum masuk taxi lagi. tapi satu masa ni, seorang 'ammu taxi ni cakap, masuk je dulu. masa tu, kami pun dah memang nak balik, kami naik je. dan bertanya lagi sekali, dia kata. "tak kisah, berapa berapa je". dengan senyumannya. kami ni, ye la..orang melayu ni, hati dia lembut sangat, baik sangat. especially yang perempuan lah (kot?), kami pun bagi 'aamu tu 5genih..yang mana kebiasaannya, 3 genih je untuk tambang taxi. apalah, mesti orang arab fikir, senangnya nak foolish budak-budak melayu nih..hehe. tak delah.
*selingan sekejap. pengalaman masa mula-mula nak naik taxi. dengan seorang akak senior pergi ke tempat beli barang-barang rumah. lebih kurang waktu tengah hari, lepas zohor(11.30a.m). saya terkejut lihat akak tu menahan taxi dan bercakap dengan taxi driver tu sambil taxi tu masih bergerak. dan awal-awal tu, memang macam semua orang pun tak nak ambik kami. masa tu apa yang saya fikir, ehh, kenapa dengan pak cik-pak cik nii..jahatnyee..kenapaa?? semua persoalan ada. yelah, sebelum ke mesir, kepala dah diisi dengan cakap-cakap orang yang kata, orang arab ni ganas, kasar dn sewaktu dengannya. sampai lah sekarang, bila dah makin memahami egyptian, eceh ! dapat la faham sikit, diorang kat sini memang macam tu. maksudnya, caranya tu lain. contohnya, cara nak tahan taxi tu pun, kadang kena jerit dari jauh, ke mana hala tuju kita. boleh kata egyptian ni Ignorence(boleh masuk dalam one of the character jugak kot nih) sikit. dia buat apa yang dia nak. dia buat ikut apa yang dia suka. tapi, berbalik jugak pada karakter yang atas tadi. kalau yang baik, baik sangat. Concern sangat. ( aishh, i don't know how to explain lah..)
Amazed dengan "Maliziy"?
amazed? mesti macam pelik kan. amazed kenapa? haha. tak adalah, sebernanya, perkataan "amazed" tu digunakan as a proper word je. waktu mula-mula sampai, saya perasan la. kami macam dipandang oleh setiap mata-mata orang arab. lagi-lagi kalau yang lelaki. eh laki arab ni dah kenapa, ya Allah.. tapi rasanya, diorang ni tahu, kenal dengan pendatang-pendatang baru (dah macam pendatang asing pulak). orang yang tak pernah dilihat kan. jadi, diorang pun tengok lah. dan memang orang arab ni, jenis yang suka tengok orang. agaknya lah? mungkin spesifikkan kepada arab, egyptian. dan daripada cakap-cakap orang jugak, katanya, orang egypt ni suka dengan "Maliziy" ni. sebab kecik, sopan. tapi saya ni, ada je yang kecik, yang rendah dari saya. mungkin refer kepada orang melayu dulu-dulu kot. diorang, kalau jumpa budak-budak melayu ni, mungkin tak kira lelaki atau perempuan, tapi saya hanya tahu bagi pihak perempuan lah. kadang-kadang tu, diorang akan, "Ya Maliziy, Maliziy, how are you?" atau, " Ni hao ma?" pun ada jugak. ada jugak, yang mulut manis
tapi, itu bestnya pengalaman. lagi-lagi pengalaman-pengalaman baru. mencari pengalaman baru ni sangat best. sebab kita dapat belajar sesuatu yang baru daripada pengalaman tu. tak kiralah apa yang kita pelajari tu. yang penting, setiap pengalaman mengajar kita. lebih tepat lagi, mengajar kita untuk lebih matang dan berpandangan luas.
sebenarnya kan, kalau nak cerita semua....* 4 bulan = 30 x 4 = 120 * ha, 120 post pon tak cukup nih. ini pun dah panjang macam ni ha. ok, itu je lah kot setakat yang termampu ^-^.. tapi, sebelum tu, egyptian ni best! seronok la belajar tentang culture lain. maksudnya, kita dapat tahu the other side of the world. bukan setakat bahasa, tapi tingkah laku, sikap, karakter dan environment. (aku rasa aku sebut semua yang sama makna je)
last but not least,
Rajin
orang arab ni sangat rajin. sori, tak boleh tahan dari nak taip jugak. hehe. tapi egyptian memang rajin tak kisah dari segi apa, diorang memang hardworking. tapi fitrah manusia, di mana-mana pun tetap sama. mesti ada karakter atau karenah masing-masing. jadi, ade le jugak yang tidak hardworking kot. tapi it's probably the minority of them..hmm, i guess i need to get to know them better!
p/s: doakan saya MUMTAZ ye..syukran awii kullukum !
till then, ma'assalamah !
3 comments:
inshaAllah..sama2 doakan smua..seronok baca pengalaman kakak. miss you so much kakak! nanti nak cerita kat nenek and atuk la.hehe. proud of you. moga atuk and nenek panjang umur, dapat tengok cucu die yg sorang ni dapat jadi doctor perubatan. inshaAllah. love you always, kak. take care!
Seronok pulak bace cite pengalaman akak ni kan.. Kalau ada fb lagi best .. Senang tnye direct je... :) btw bittaufiq wannajah...
Seronok pulak bace cite pengalaman akak ni kan.. Kalau ada fb lagi best .. Senang tnye direct je... :) btw bittaufiq wannajah...
Catat Ulasan