20111228

Medical Check Up ----------> PLKN !!!

Assalamualaikum,

waaahhhh!!!! ehem, mintak maaf lah. start2, menjerit pulak kan. erm, bukan apa. luahan perasaan sebab kena pergi juga akhirnya Kem Latihan Khidmat Negara tersebut. apa boleh buat, mungkin ini yang terbaik untuk diriku. setelah berhari-berhari memikirkan, buat solat hajat untuk yang terbaik, dan inilah yang akhirnya menjadi yang terbaik untuk aku. semoga aku dapat menerima dan sesuaikan diri dengan suasana di sana, insyaAllah. dan! semoga ia menjadi sesuatu yang berbaloi untuk aku luangkan masa selama 2 bulan setengah, Amiinn..



Medical Check-up (1)


27/12/2011- aku pegi la dengan ibu tersayang ke klinik kesihatan bangi pada jam kurang lebih 3.30 petang. letak borang, dan tunggu. akhirnya seorang pegawai perubatan keluar dan memanggil namaku. ini dah macam nak buat novel jek. straight to the point! semasa dalam bilik tu, perasaan aku sedikit tidak selesa.
ada 3 probabilities: i) aku memang nervous untuk medical check-up tu.
                             ii) aku tak selesa sebab pegawai perubatan tu lelaki.(punye lah berdoa untuk perempuan)
                             iii) mungkin jugak, sebab pegawai tu agak handsome. haha
just kidding. apa-apapun, aku memang sangat nervous. entah kenapa. mungkin sebab ini penentuan aku, sama ada aku akan pergi atau tidak. tapi, hari tu, pegawai tu cakap aku perlu datang esoknya untuk dapatkan pemeriksaan lanjut kerana mengidap penyakit asthma. masa tu, mungkin ibuku agak tersenyum kerana penyakit asthma aku mungkin boleh dijadikan alasan.

Medical Check-up (2)


28/12/2011-aku pergi ke klinik yang sama pada jam 2.30. macam biasa, sedang menunggu no giliranku dipanggil. setiap bunyi beeeep! jantung aku akan speed up sekejap. bila tengok bukan no aku, normal balik. dan begitulah seterusnya hinggalah nombor giliranku muncul. masuk ke bilik yang sama bertemu dengan pegawai yang sama. tapi kali ni, aku kena tunggu untuk seketika. masa tu, dalam bilik yang sama ada seorang lelaki yang mungkin sebaya dengan aku sedang buat check-up untuk plkn juga. aku pun, apa lagi curi-curi dengar la. haha. bukan curi-curi pun, memang dia kat belakang aku je.
budak (L): saya selalu pening2 la..
pegawai 1: awak selalu pening2 tu masa bila? sekerap mana?
budak (L): setiap kali saya bangun tido
tiba-tiba pegawai yang cek saya keluar dari bilik 1 lagi ke bilik kami(pegawai 2)
pegawai 1: ni macam mana ni. dia kata selalu pening2.
pegawai 2: teruk ke pening2 awak tu? awak tido bila yang pening tu?
budak (L): erm saya tido tengah hari.(sambil tersenyum, tersengih dan seumpama dengannya. agaknya lah. dia kan kat belakang aku)
pegawai 2: (mencelah sambil tersenyum) alah, biase je tu. layak je. tak de ape-ape lah. awak jangan. nanti sampai umur 33 diorang carik awak. (masih tersenyum dan melihat-lihat dokumen saya)
masa itu, aku turut tergelak kecil dan tersenyum, sambil memikirkan : ada peluang ke untuk aku tidak layak ke PLKN nih??hmm..

check-up diteruskan dengan beberapa proses yang mengambil masa yang lama. sekejap pergi bilik ni, sekejap pergi bilik tu. oh, ye! ada seorang rakan sekolah yang buat check-up juga tadi, iskandar namanya. sekadar perasan je dia di situ. berbalik kepada bilik-bilik yang banyak tadi. tibalah aku ke proses yang terakhir iaitu bertemu dengan doktor selepas membuat pendaftaran. 

katanya aku perlu tunggu doktor dari bilik 3 untuk memanggil nombor giliranku. tunggu punya tunggu. sampai sempat aku pergi ambil air masak dalam kereta mak aku sebab terlalu dahaga. haih, lama betul bilik 3 nih. tak panggil2 orang lain pun. dalam masa sejam, 2 atau 3 orang je yang dipanggil. 

nak dijadikan cerita. sedang  kami masih menunggu giliran, tiba-tiba aku terdengar ada suara yang seakan-akan menjerit memanggil namaku. aku terkejut dan terus berpaling ke arah suara itu kedengaran. dan kelihatan akak nurse dari kaunter di belakang sana yang memanggil namaku. aku dengan hairan terus bangun serta-merta dan menuju ke arahnya. lalu dia berkata....
nurse: awak tunggu kat sana ke. itu untuk ibu mengandung. dah lama dah panggil awak. sepatutnya awak dah boleh balik dah sekarang.
aku: oh, ya Allah. ye ke. ok2...
aku tergelak dengan sendiri sambil bergegas mendapatkan ibu aku. haha. sungguh kelakar ye. nasib baik lah mak ayah aku tukar shift menemani aku. dan shift kedua ialah ibuku. kalau tak, lagi malu aku dibuatnya. takkan la ayah aku boleh dianggap ibu mengandung pulak kan. walau macam mana pun, orang di sekeliling tetap memandang pelik ke arah kami. haha. dan akhirnya aku masuk ke "bilik 3" yang sepatutnya dan aku diisytiharkan layak ke ---------> PLKN..!

fiiiuuuuh, panjang sungguh entry kali ni. ini pun, dah banyak potong. ok! kepada rakan-rakan yang turut sama akan berjuang demi negara. moh la kita sama-sama yek! (aish, terlebih sudah). ini sekadar ingin mengumpul semangat aku untuk ke sana. haha


okay, till then!

20111223

Leaving Home..

Assalamualaikum,

soon, i will be leaving my home sweet home Alabama. i've finished my SPM, waiting either i'm going to PLKN or i will take STAM. this morning, i got another letter which made me surprised because i rarely get letter for me spesifically. and when i took it from my brother, it was from MUCH which stands for Masterskill University of Science Health. wow! tapi itu cuma tawaran awal yang diberikan kepada pelajar-pelajar berdasarkan keputusan percubaan. keputusan muktamadnya berdasarkan keputusan yang sebenar nanti. apa-apa pun, perkara ni membuatkan aku terfikir yang, tak lama lagi aku akan meninggalkan rumah ini.

masa sedang membaca surat 'tawaran' tu. ceh!hehe.. adik aku minta daripada aku nak tengok. lepas tu, dia bagi balik pada aku. dan berkata : "nanti kakak dah tak de kat rumah dah la kan. hmm.."
and that just made me smile and keep thinking about that. wow! what a feeling that i never felt before. i guess?

hey, i edited this picture!

apa-apa pun, aku tinggalkan rumah bukan untuk bersuka-ria atau berfoya-foya membuang masa di luar sana. aku ingin mencapai cita-cita. fuuhh, ayat yang takut untuk diluahkan. besar maksud kata-kata tu. dan ini bukan hanya untuk aku tapi, untuk ibu, ayah, keluarga, agama dan bangsa!

Tuntutlah Ilmu Hingga ke Negeri Cina!

20111219

Superhero Movies..

Assalamualaikum,

superhero. siapa superhero anda semua? kalau tanya saya, saya akan jawab.. mungkin spiderman, mungkin superman, mungkin batman? well, kalau ikutkan itulah superheroes yang dikenali di seluruh dunia, bukan?



sebanarnye tadi petang ada tengok cerita spiderman 1. tiba-tiba terfikir. kenapa budak-budak suka cerita superhero. diorang bukan faham sangat pun cerita tu. apa yang diorang dapat daripada cerita-cerita superhero idaman diorang cumalah angan-angan yang diorang pun nak jadi macam superhero tu dan mulalah beraksi di alam fantasi diorang. sedangkan dari sudut pandangan orang dewasa macam saya.. ceh, macam matang sangat je. bukan itu yang 'kami' dapat daripada cerita-cerita macam ni.

contohnya, seperti cerita spiderman yang saya tengok tadi. di akhir cerita tu....

MJ: i love you..
Peter Parker(Spiderman) : that moment i just wanna say, i love you too(monologuing)..
Then, he said : sorry, i can't. i will always there by your side, taking care of you, looking after you...i will always be your best friend.
Then, he left her alone with a background voice. 'There is one thing I remember most; "A great power comes with a great responsibility"

begitulah lebih kurang ending cerita itu sebab masa ni tiba-tiba pulak hujan turun dan terpaksa bergegas mengangkat jemuran.haha. ok, jadi. saya rasalah kan. kalau budak-budak yang tengok cerita tu, dah tak teringin sangat dah tengok part ni. sebab apa. sebab diorang tak faham apa pun. yang diorang faham, cerita tu dah habis, spiderman dah pun 'save the world'.hehe. tapi bagi saya. apa yang saya faham dari sini.
pertama : saya faham yang Peter terpaksa cakap macam tu, sebab dia tahu yang dia hanya akan meletakkan nyawa MJ dalam bahaya jika dia luahkan perasaan sebenar. jadi, dia terpaksa berkorban.
kedua : saya faham bahawa "A great power comes with great responsibility"..

and that's the most important thing. sometimes, watching movies is beneficial to us. even movie yang tak elok. erm, tak de la yang tak elok. tapi kalau kita tahu dari sudut mana kita patut lihat sesuatu movie tu. kalau kita tengok dari sudut buruk, buruklah jadinya. kalau kita tengok dari sudut baik, baiklah jadinya. walau  apapun, tetap, kita kena pilih movie yang sesuai.

teringat satu cerita ni. tajuk dia saya tak ingat. tapi lelaki ni, dia seorang kaunselor. dia berunding dengan orang-orang yang bermasalah la. satu hari, dia bawa keluar semua orang dalam group dia tu dengan bas dan bawa pegi ke tempat yang amat sesak, dengan traffic jam dan suasana yang bising. kemudian, dia bertanya : apa yang kamu nampak? apa yang kamu rasa? beberapa daripada mereka menjawab : kesesakan lalulintas. aku rasa rimas. aku tak dapat dengar suara aku sendiri pun.
cukup dengan itu, kaunselor tadi bawa mereka ke satu bangunan dan bawa mereka naik ke atas bumbung bangunan itu. dan sekali lagi dia bertanya : apa yang kamu nampak? apa yang kamu rasa?
mereka semua berkata : aku dapat lihat bandar yang luas dan tenang dari atas sini. dan mereka tersenyum.

ia masih tempat yang sama, dunia yang sama, cuma kita berada di sudut yang berlainan untuk melihat sesuatu perkara dari pandangan yang berlainan. oleh itu, setiap perkara ada baik dan buruknya, dan kita harus pandai melihatnya.

till then..!

Momentary

Assalamualaikum,

ni akan jadi blog skin sementara ye, rakan-rakan.
masih belum jumpe yang terasa berkenan di hati dan di mata.
untuk sahabat-sahabatku, sabarlah menunggu entry yang ditunggu. hehe. ^-^

till then...

20111213

Secomel Awan

Assalamualaikum,

hmm, ada kena-mengena ke dengan aku yang baru habis periksa SPM nih..tak ada kena-mengena pun.apapun, aku berharap kepada semua candidate SPM.jangan lah rasa terlalu seronok selepas kita diisytiharkan "MERDEKA" kononnya..hehe..sebab masih ada yang perlu kita lakukan iaitu bertawakkal setelah kita berusaha bersungguh-sungguh.cakap pasal tawakkal, teringat pulak konsep tawakkal(baru habis pekse Quran Sunnah). aku rasa ramai yang salah gunakan konsep tawakkal.di mana, aku percaya ramai antara kita yang kurang berusaha dalam sesuatu, terutamanya peperiksaan, tapi selepas tu, berdoa punye lah macam-macam supaya Allah berikan kejayaan..hmm, aku rasa aku pun mungkin termasuk dalam golongan tu.harap-harap selepas ni, kita sama2 menjadi golongan mereka yang sentiasa sedar dan tidak leka..Amiin..


berbalik kepada "Secomel Awan"..comel kan kata-kata ni? kata-kata membuatkan aku tersenyum sendiri selepas ditunjukkan kata-kata ni yang berada dalam majalah sekolah oleh sahabat aku : fatin nasyira..sebab kata-kata ni seolah-olah buat aku sedar yang sememangnya awan itu sangat comel dengan kepulan-kepulan yang membentuk bulat seperti kapas..di sebalik keindahan ciptaan awan, terselit juge kecomelannya..(apakah??)haha..tapi, sesungguhnya indahnya ciptaan Allah tidak dapat dinafikan..SUBHANALLAH..

sekarang ni, sekali aku melihat ke langit, secara tidak langsung aku akan mencari-cari awan yang kelihatan comel dan nikmati keindahannya..besar juga peranan kata-kata ini kerana secara tak langsung membuatkan kita menghayati kebesaran dan keagungan ALLAH SWT..alhamdulillah..

nak dijadikan cerita, aku dan sahabat karib aku ni, bermula untuk mencipta kata-kata yang t'diri daripada 2 perkataan yang lain. seperti "Secomel Awan" ni..dan....inilah hasilnya..saksikanlah..



haha..sungguh kelakar bila dilihat balik..ye lah..dah la kertas yang digunakan tu kertas yang dah patut dikitar semula, siap ada lukisan muka lagi..apa-apa pun ini menyimpan seribu kenangan..tentang betapa memerah otaknya kami untuk memikirkan kata-kata ini..^-^ antara yang agak,ehem-ehem..secomel daisy, secarik memori dan lain-lain..

ingatlah "Secomel Awan" ketika anda rasa seperti memerlukan ketenangan hati dan jiwa..dan ingatlah juga pada ketika anda rasa putus asa terhadap sesuatu..kerana dengan memandang ke langit akan menyedarkan kita bahawa masih banyak peluang yang ALLAH kurniakan untuk hamba-hambaNya, insyaAllah..jika gagal, berusaha lagi dengan bersungguh-sungguh dan bertawakkal kepada ALLAH..



see you again next time..

20111202

Efforts..!

Assalamualaikum,

here we meet again. the same night. the same day. i would like to write about this just as i wanted.

hmm, dekat bilik aku. aku ade tulis sesuatu dekat satu kertas A4..
ia tertulis begini--->

A DOCTOR! PLEASE PUT YOUR EFFORT TO ACHIEVE THAT!
(YOU'LL BE THE FIRST DOCTOR IN THIS FAMILY)
(AMIIN, INSYAALLAH)

well, it lighted up my spirit. but not for long. i also wrote a letter to myself. haha.it is something awkward for me to do but worth it, maybe.

ok, cakap pasal effort. aku pernah berfikir. contohnya la,. setiap manusia mesti ada impian masing-masing kan. semua ada mimpi yang ingin dicapai. tak kira lah setinggi atau serendah mana mimpi itu, sebesar atau setiny sekecil mana mimpi itu, atau selogik atau tak logik mane mimpi itu.. ia tetap mimpi atau lebih sedap disebut impian. but, like the picture i posted before..The only way to make dreams come true is to wake up! dreams will never come true if we stay asleep. it will just be a dream forever. am i not right..?

jadi, aku terfikir..katakan lah, aku contohnya..sedang menonton tv dan tiba-tiba aku rasa nak tukar chanel. tapi, remote tv ade dalam 75cm(anggaran) dari aku. lagi 2-3 cm je lagi untuk aku capai remote tu dengan menghulurkan tangan aku.
di sini, anggaplah mimpi aku : untuk capai remote tv.
halangan yang harus aku tempuhi : jarak remote yang lg 2-3cm nak capai.
effort(usaha) yang aku letak : not yet discovered.

benda ni, cumelah benda yang kecik je kan. tapi seandainya aku malas atau rasa seperti tak apa lah, biar je lah chanel ni. dapat ke untuk aku capai remote tv tu. mimpi ade, tapi usaha dan keazaman tak cukup kuat untuk tempuh halangan yang pasti kita boleh tempuhi jika kita cuba. usaha sangat penting untuk kita capai sesuatu. mungkin contoh yang aku bagi ni terlalu..erm, terlalu ape yek. apa-apa yang korang fikirlah. tapi ia tetap tentang usaha kita dalam sesuatu perkara. bagaimana kita meletakkan usaha kita dan sebanyak mana usaha yang kita letakkan.tak guna ada mimpi, impian tapi tak letakkan effort yang secukupnya.

ini sangatlah sesuai untuk aku fikirkan. sebab aku sedar. aku rasa aku ni seorang yang kurang letakkan usaha untuk sesuatu perkara. tapi, untuk sesuatu yang betul-betul aku nak, aku mesti dapatkan. jadi, adakah selama ini, untuk semua perkara yang kau(myself) tak letakkan sepenuh usaha, bermaksud kau tak nak. hmm, somebody please wake me up. a person who always realises something at the really last minutes.

whatever it is, like what my bestfriend said. dont ever regret what have happened but look forward for what is going to happen and try your best to make the journey of your achievement as the best memory in your life..(sighed)..haahh, i feel so satisfied writing this tonight.or maybe already morning..^-^




..last words, don't ever forget your effort in every single thing you do..



20111201

KEM TERKOK, SUNGAI SIPUT, PERAK

Assalamualaikum,

long time no see. hmm, agak-agak kem apa dekat atas tu. mungkin kalau saye tak delete the 'main word', korang akan tahu. tapi mungkin jugak ade yang dah tahu. atau..mungkin jugak.. ok, stop najihah, just stop it..
(stop and stare, i think i'm moving but i go nowhere)..


ok, tajuk di atas adalah tapak di mana kem PLKN yang akan saye sertai. ya Allah, berikanlah yang terbaik untukku. seandainya menghadiri kem itu yang terbaik untukku, hadirkanlah aku ke sana. kerana bukan aku yang memilih untuk ke sana tapi Engkau yang memilihku(bak kata Abang Alang).semuanya ada hikmah yang tersendiri. tapi, seandainya dengan tidak menghadiri kem itu lah yang tarbaik untukku, maka janganlah Kau hadirkan aku ke sana. aku sudah pasrah dengan apa yang bakal terjadi.

PLKN
PLKN bukanlah sesuatu yang buruk mahupun sesuatu yang sangat baik. tapi saya cukup tertarik dengan aktiviti-aktiviti lasak yang mengisi jadualnya. memang dah lama saya tak menyertai kem-kem yang macam ni. tapi, entah kenapa hati ini seperti tidak merelainya. ayat lirik lagu betul!hmm, ape-ape pun nak tengok maklumat pendaftaran saye...check it out!



 
KUMPULAN
:
1
 
PUSAT BERKUMPUL
:
PERHENTIAN BAS KAJANG, JLN REKO, KAJANG
 
NEGERI PUSAT BERKUMPUL
:
SELANGOR
 
 
 
NAMA KEM
:
KEM PLKN TERKOK, SUNGAI SIPUT, PERAK
 
ALAMAT KEM
:
PUSAT LATIHAN KEM REKREASI TERKOK
 
 
JALAN SG DURIAN LINTANG




 
 
 
TARIKH LAPOR
:
01-JAN-2012
 
MASA LAPOR
:
9:30 PAGI
 




haha..inilah dia! di Perak ye kawan-kawan. walaumacam mana pun, saye agak simpati dengan kawan saye yang dapat di sabah. kesian betul die dicampak dihantar ke sana.hmm, apa-apa pun, ramai yang kata. bile dah pegi sane, semua rasa macam tak nak balik disebabkan ke'best'an yang dialami. semoga apa yang kita dapat itu adalah yang terbaik, insyaAllah..