20130411

Bila Kopiah bertemu Hijab

Assalamualaikum,

like a few months ago, i guess. i don't quite remember, but i attended this program entitled "Bila Baju Melayu bertemu Baju Kurung" so i decided to talk about this and by changing the title like i did up there..but here i am, a few months later, updating my blog..

jadi, saya pun dah tak ingat sangat yang diketengahkan semasa ceramah tu, dan apa yang saya rasa kebenarannya, atau yang terkena pada diri saya..apa yang saya ingat, kita ni waktu remaja perasaan yang rasa suka, minat, terpikat, berkenan la kononnya, tu sebenarnya hanyalah dicucuk-cucuk oleh syaitan atau nafsu je. kalau nak tahu dialah "orangnya", kita akan rasa sesuatu yang lain daripada yang lain. mungkin dengan kita melihat dia, hati kita merasa suka yang tenang. dan ada terasa keazaman ingin berubah kepada orang yang lebih baik. lebih kurang, macam tu lah kot. maaf kalau tersilap.

baru-baru ni pun ade program antara kami batch tahun 1 perubatan mengenai "Cinta VS Cita-Cita". ahli-ahli panel dia sangat best dan sporting ! saya ingat ape yang abang senior tu cakap berkenaan cinta. atau lebih kepada perkahwinan mungkin?

Selepas kahwin, kita akan dapat "Sakinah" yakni ketenangan. yang mana diterangkan lagi bahawa sakinah ni sebenarnya daripada perkataan "sikkiin" iaitu pisau..jadi, pisau ni kalau potong, kan terputus terus apa yang dipotong tu. ketenangan yang digambarkan tu ibarat pisau yang memotong tu lah. setelah kita berkahwin, akan ada satu rasa ketenangan yang memotong terus kita daripada perasaan-perasaan yang sebelum ini yang membelenggu kita. mungkin juga ada kaitannya dengan perasaan setiap penganti yang berdebar bagai nak luruh jantung menunggu hari perkahwinan. tapi, manalah saya tahu. melainkan saya ada pengalaman tu. gatai !

jadi, yang kedua pula, kita akan dapat "Mawaddah". i did a research, because i don't really remember about this one.  This is deeper in meaning than the word mahabbat which translates as ‘love’. Mawaddah is mutual love. It is the connection of two hearts, as mentioned in the Tafseer of Qurtubi. Mawaddah is different to muhabbah in the sense that the former is a love that connects two hearts.
you can go and check it for the full one here --> http://www.askpray.com/article_details.aspx?article_id=3
jadi, dari maksud yang diberikan tu, penerangannya lebih kurang macam ni la, "Mawaddah" ni bermaksud cinta yang diwujudkan antara lelaki dan perempuan selepas berkahwin. maksudnya antara suami dan isteri. ini keistimewaan yang Allah berikan kepada setiap pasangan yang berkahwin. kalau tak silap, abang tu cakap ini dalam masa lebih kurang 10 tahun.

seterusnya, akan dilontarkan pula dalam hati "Rahmah". untuk ini, apa yang saya ingat, selepas lebih sudah 40-50 tahun pernikahan, cinta tu sudah berkurang tapi timbul rasa kasih dan sayang yang mengekalkan perkahwinan itu sehingga ke Syurga, insyaAllah..maksudnya dalam tanggungjawab menjaga rumahtangga, anak-anak. lebih kurang macam hati menjadi satu la kot.haha. "Rahmah" ni, kalau ikutkan dictionary, it means "mercy" jadi mungkin boleh cuba faham sendiri? hehe. atau boleh google?

itu sajelah kot. jadi, sebelum saya mengakhiri cuma nak menegaskan lah. jangan ade spekulasi yang mengatakan saya ni dah tak sabar nak "ada pengalaman". cuma ini yang disampaikan kepada saya dan rakan-rakan seperjuangan yang turut terlibat. saya terfikir jugak, kenapa kami didedahkan dengan benda-benda ni. mungkin sebab pelajar-pelajar mesir ni, memang tak boleh dipisahkan daripada isu ni kot. hehe
ini bukan benda yang asing lagi. tapi agak janggal lah bagi saya sebenarnya. cuma diri ini terasa hendak menaip dan berkongsi sesuatu. ^-^

till then, ma'assalamah !

0 comments: