20120405

Pemergian Satu Kepastian

Assalamualaikum,

orang biasa cakap setiap perkara ada pasangan dia yang melengkapi. bukan setakat lelaki dan perempuan. tapi, ada sudu, ada garfu, ada tangan, ada kaki, ada kiri, ada kanan, ada sahabat, ada musuh, ada cinta, ada benci, ada pertemuan, ada perpisahan dan begitu jugalah yang lainnya. namun, perpisahan buat selamanya adalah perpisahan yang paling perit untuk diterima. perasaan rindu yang tak dapat diubat kerana sudah pasti tiadanya pertemuan kembali di dunia yang fana ini. tapi jangan risau kita pasti akan bertemu di akhirat kelak. di kehidupan yang kekal, yang hakiki.

1 April 2012. tanggal di mana aku dan keluarga mendapat panggilan daripada mak saudara sebelah ayah, memberitahu bahawa ayah saudaraku terjatuh dan tidak sedarkan diri. dan katanye, keadaannya kritikal, ntah kenapa. mungkin sakit jantung, kata ibu aku. beberapa minit selepas itu, ayah aku mendapat panggilan sekali lagi dan kali ini, beritanya adalah berita yang amat tidak mahu didengari oleh ayah aku. ayah saudara aku tu, telahpun meninggal dunia. ketika itu aku di dalam bilik air dan sewaktu aku diberitahu tentang itu oleh adik aku, sejujurnya, aku seakan-akan tidak merasakan apa-apa. Astaghfirullahal'azim. kemudian, ibu aku pula yang menemui aku untuk beritahu tentang perkara itu(ibu tak tahu yang aku dah tahu). samar-samar dapat dilihat mata ibuku yang seakan-akan menahan air mata. aku hanya mampu mengangguk sambil menundukkan pandangan. di waktu itu, baru aku terasa sebaknya. tapi aku tak tahu apa sebabnya aku berasa sebak. adakah kerana aku terasa akan kepergian ayah saudaraku atau, aku terasa sebak kerana melihat mata ibu aku tadi. Subhanallah kuat sungguh penangan ibu aku terhadap aku.

tak perlulah aku ceritakan apa yang berlaku hari tu sepenuhnya. tapi hari tu jugak ayah aku beli tiket flight untuk terbang ke sarawak. terima lah, setiap perkara tu dengan redha. lepas tu, kita teruskan hidup kita seperti biasa. ini je lah yang mampu aku katakan....

Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat.


Hidup ini bagaikan sebuah titisan yang perlu dilalui oleh setiap insan di dunia ini. Oleh itu merentaslah di titian yang teguh yang dibina dari kayu kayu keimanan yang kukuh.


Semalam adalah suatu kenangan hari ini adalah suatu kenyataan manakala esok adalah suatu penantian. Kenangan semalam hemdaklah kita simpan buat pedoman di hari depan dan kenyataan hari ini hendaklah kita tempuhi dengan tabah tetapi kita juga harus bersedia untuk menanti hari esok yang merupakan suatu penyeksaan.


~Al-Fatihah buat Al-Marhum Roslam bin Abdullah~

Tidak lupa juga buat Rasulullah S.A.W & seluruh umat Islam yang telah pergi meninggalkan dunia


till then..

0 comments: