it's been a long time since my last entry, isn't it ? i've been busy watching tv, sleeping and eating. very bad habit to do every single day! ooh, what to do.. i'm an SPM leaver and jobless. however, i'm working on getting the license
stop the non-sense. Mesir.. Mesir..Mesir.. dalam dilema.. aku sejujurnya nak pergi. walaupun aku mengaku pada awalnya, aku tak terasa pun nak pergi ke Mesir nih. apa aku "terasa" nak pegi, yang western-western sikit la kaan. baru ada kelas katanya. haha. tapi minggu lepas, kalau saya tak silap. saya dan ibu saya (eh, saya lah pulak. xpe xpe) sama-sama bukak laman web MedicMesir(sebuah agensi yang membawa pelajar ke mesir), dan membuat tinjauan. dari situ ibu saya memujuk saya untuk ke sana. sehinggalah saya baca tentang perlu menghafaz al-quran bagi yang nak belajar di Universiti Al-Azhar. setiap 1 tahun, satu juzuk. bermula dengan Juz 'Amma bagi tahun pertama, juz 29 untuk tahun ke-2 dan begitulah seterusnya. ketika itu, terdetik di hati saya ; "boleh ke aku buat ?" tapi, aku tak diamkan je. aku suarakan dan.. apa yang ibu aku cakap sangat mengubah hati aku yang "tak terasa" pun nak ke sana, jadi teringin sangat nak sambung belajar di sana. terutama Universiti Al-Azhar. ibu cakap, "mungkin itu la yang buatkan diorang ni lagi mudah nak belajar. apa yang diorang belajar tu, lebih mudah masuk dan kekal. hati lebih terbuka luas untuk ilmu-ilmu yang kita pelajari tu masuk. lagipun, boleh jadi doktor hafizah."(ni dah diubah mengikut ke'formal'an ayat..haha). hati aku seperti terbuka untuk menerima Mesir sebagai tempat untuk aku lanjutkan pelajaran. lagipun, kita tahu, Mesir ni bumi Anbiya'. bumi kepada para Anbiya'. makam Alllahyarham Imam As-Syafie pun ada kat situ.
“Masuklah kamu kenegeri Mesir, InshaAllah kamu berada didalam aman”
Surah Yusuf, 99
setelah didedahkan pula dengan Surah Yusuf ayat 99 ni, lagi rasa nak pergi sambung belajar di sana. tapi, apa yang membuatkan aku berfikir sejenak ialah kosnye yang agak tinggi dan mungkin agak sukar untuk kami terima. tapi, tak apa. macam ibu saya cakap, "duit boleh cari. kalau kakak nak, kakak mesti buat betul-betul, dan ibu & ayah mesti takkan kecewa." tapi, itu lah pulak masalahnya. berat sangat hati ni dengar, ibu cakap macam tu. tak apa, setiap perkara mesti ada petunjuk dari-Nya selagi kita bergantung pada-Nya, Dia akan membantu. Allah heard you.
apa-apa pun, saya dah dapat dah surat tawaran sementara dan saya ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di Mansoura Universiti(kesilapan teknikal). keterujaan hati ni, tak de siapa dapat rasa melainkan tuannya. cuma saya belum proceed ke proses yang seterusnya, sediakan dokumen-dokumen yang sepatutnya sebab belum dapat kepastian sama ada, betul-betul nak ke sana atau tak.
jadi, i want to go. i would love to go. but the question is, am I going ? who knows ? nobody knows, except for Him. oleh itu, sentiasalah berdoa dan buat solat istikharah semoga diberikan yang terbaik untuk semua.
Ya Allah,
Ya Rahman Ya Rahim Ya Karim,
Aku mohon petunjuk dari-Mu yang Maha Mengetahui segala sesuatu,
berikanlah hamba-Mu ini apa yang terbaik buatku,
asalkan ia bermanfaat dan tidak akan menyusahkan orang lain terutama kedua ibu dan ayahku,
permudahkanlah segala urusan sekiranya aku akan ke sana,
Ya Allah,
letakkanlah kami di bawah perlindungan-Mu,
~Aamiin~
1 comments:
don't worry too much. we(family members) always try our best to pray for your success. niat kerana Allah kak, inshaAllah, susah jadi senang!
PS:i love and miss you so much..
Catat Ulasan