20120622

Used to be my hobby? Or still is ..

Assalamualaikum,

melukis adalah salah satu hobi saya. atau mungkin pernah menjadi hobi saya. sebab dah lama dah saya tak ceburkan diri saya dalam melukis. semenjak dari saya darjah 5 saya minat melukis dan mula belajar melukis daripada kawan baik saya di sekolah rendah, Siti Shahirah bt Ramli ^^. daripada lukisan saya macam ... erm, macam hapeh je. sampai la, boleh kata ok la. improvement by improvement. bila belek-belek balik lukisan-lukisan saya tu, ade jugak perasaan; macam mana saya lukis nih ? but it was my passion. i will draw it till i'll get the best result. it doesn't matter how many erasing's' i did.

tahun saya paling banyak melukis Tingkatan 1. kat situ, entah macam mana "bakat" saya sampai diketahui kawan-kawan dan mereka meminta saya untuk melukis watak-watak anime untuk mereka. tapi, tak macam ada sorang kawan saya, yang siap charge lagi kalau nak dia lukiskan. kepala bussinessman. saya, cukup sekadar nak berbuat baik dengan kawan-kawan. kenapa perasan sangat ni najihah! 


ingin berkongsi antara lukisan-lukisan saya dari yang awal hinggalah yang paling latest setakat ni !


                 
 ni yang first saya mula lukis watak anime. muka je. haha, langsung tak matang kan lukisan ni..



 ni dah mula lukis badan. tapi, tengok lah. sebesar A4 paper saya lukis. still, lukisan tak matang.



ni dah mula lukis yang susah sikit lah. but, lagi skali.. take a look. senget !



rasanya, ini la cubaan pertama saya cuba yang lebih mencabar sikit. siap ada ular lagi tu. susah tau nak lukis. ingat lagi.



ni, saya dah mula melukis sebagai hobi yang saya suka. saya akan amik mana-mana gambar, dan mula melukis.



ni watak-watak chibi(yg kecik-kecik macam ni la) yang saya lukis. tapi tersesat pulak garfield kat situ.



 tapi saya paling suka yang kat atas ni ^^, comel.






ni antara lagi yang saya "rasa" saya lukis jadi.


yang ni pulak, asalnya sekadar conteng-conteng, sketch je..cube lah tengok tangan dia.



yang ni, saya suka. kat sekolah diorang pilih yang mana diorang suka antara 3 ni. cubalah korang pilih pulak.^^ tak salah, ni dari anime Sakura.



mungkin, ini yang paling latest dilukis saja-saja untuk melepaskan "rindu".



ha, saja simpan yang ni lambat sikit, last-last. versi lain sikit. hehe. muslimah sikit. dah masuk Ting. 3, berjumpa dengan lagi seorang sahabat yang pandai melukis (but always claimed that she doesn't =.=). memang ditakdirkan kot, saya ni kawan dengan orang pandai melukis je. so, dari dia ni, belajar lukis perempuan muslimah yang cantik macam kat atas tu. siap ada love yang menyinari lagi. rajin beno! tapi ana muslim lagi comel dan lawa la.  


akhir sekali, yang ni. bagi saya inilah yang spesial kerana ia merupakan pemberian dari sahabat saya. disertakan dengan kata-kata yang bermakna. sekali lagi, terima kasih sahabat.


inilah antara yang dapat saya kongsikan. bukan main minat lagi saya dalam anime-anime ni dulu. lagi-lagi, Naruto ni ha. uih, tak payah cakap la. apatah lagi ade geng. adik-adik pun satu kepala. tapi sekarang, umur dah meningkat dewasa, fikiran pun mesti la dah meningkat dewasa ! tak de lah macam dulu. tapi saya tetap tengok Detective Conan!

saya rasa melukis ni tetap minat saya. mungkin bukan lagi hobi, tapi minat. sebab saya, kalau nampak atau jumpa orang pandai melukis ni memang excited. hmm, mungkin hobi saya sekarang .. blogging ? ye ke?? selalu je tak post. haha. we'll see...


till then !

0 comments: