20120424

MESIR..Am I Going Or Not ?

Assalamualaikum,

it's been a long time since my last entry, isn't it ? i've been busy watching tv, sleeping and eating. very bad habit to do every single day! ooh, what to do.. i'm an SPM leaver and jobless. however, i'm working on getting the license to kill(what was that ??).. i meant, car license..

stop the non-sense. Mesir.. Mesir..Mesir.. dalam dilema.. aku sejujurnya nak pergi. walaupun aku mengaku pada awalnya, aku tak terasa pun nak pergi ke Mesir nih. apa aku "terasa" nak pegi, yang western-western sikit la kaan. baru ada kelas katanya. haha. tapi minggu lepas, kalau saya tak silap. saya dan ibu saya (eh, saya lah pulak. xpe xpe) sama-sama bukak laman web MedicMesir(sebuah agensi yang membawa pelajar ke mesir), dan membuat tinjauan. dari situ ibu saya memujuk saya untuk ke sana. sehinggalah saya baca tentang perlu menghafaz al-quran bagi yang nak belajar di Universiti Al-Azhar. setiap 1 tahun, satu juzuk. bermula dengan Juz 'Amma bagi tahun pertama, juz 29 untuk tahun ke-2 dan begitulah seterusnya. ketika itu, terdetik di hati saya ; "boleh ke aku buat ?" tapi, aku tak diamkan je. aku suarakan dan.. apa yang ibu aku cakap sangat mengubah hati aku yang "tak terasa" pun nak ke sana, jadi teringin sangat nak sambung belajar di sana. terutama Universiti Al-Azhar. ibu cakap, "mungkin itu la yang buatkan diorang ni lagi mudah nak belajar. apa yang diorang belajar tu, lebih mudah masuk dan kekal. hati lebih terbuka luas untuk ilmu-ilmu yang kita pelajari tu masuk. lagipun, boleh jadi doktor hafizah."(ni dah diubah mengikut ke'formal'an ayat..haha). hati aku seperti terbuka untuk menerima Mesir sebagai tempat untuk aku lanjutkan pelajaran. lagipun, kita tahu, Mesir ni bumi Anbiya'. bumi kepada para Anbiya'. makam Alllahyarham Imam As-Syafie pun ada kat situ.



“Masuklah kamu kenegeri Mesir, InshaAllah kamu berada didalam aman”
Surah Yusuf, 99


setelah didedahkan pula dengan Surah Yusuf ayat 99 ni, lagi rasa nak pergi sambung belajar di sana. tapi, apa yang membuatkan aku berfikir sejenak ialah kosnye yang agak tinggi dan mungkin agak sukar untuk kami terima. tapi, tak apa. macam ibu saya cakap, "duit boleh cari. kalau kakak nak, kakak mesti buat betul-betul, dan ibu & ayah mesti takkan kecewa." tapi, itu lah pulak masalahnya. berat sangat hati ni dengar, ibu cakap macam tu. tak apa, setiap perkara mesti ada petunjuk dari-Nya selagi kita bergantung pada-Nya, Dia akan membantu. Allah heard you.

apa-apa pun, saya dah dapat dah surat tawaran sementara dan saya ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di Mansoura Universiti(kesilapan teknikal). keterujaan hati ni, tak de siapa dapat rasa melainkan tuannya. cuma saya belum proceed ke proses yang seterusnya, sediakan dokumen-dokumen yang sepatutnya sebab belum dapat kepastian sama ada, betul-betul nak ke sana atau tak.

jadi, i want to go. i would love to go. but the question is, am I going ? who knows ? nobody knows, except for Him. oleh itu, sentiasalah berdoa dan buat solat istikharah semoga diberikan yang terbaik untuk semua.


Ya Allah, 
Ya Rahman Ya Rahim Ya Karim,
Aku mohon petunjuk dari-Mu yang Maha Mengetahui segala sesuatu,
berikanlah hamba-Mu ini apa yang terbaik buatku,
asalkan ia bermanfaat dan tidak akan menyusahkan orang lain terutama kedua ibu dan ayahku,
permudahkanlah segala urusan sekiranya aku akan ke sana,
Ya Allah,
letakkanlah kami di bawah perlindungan-Mu,
~Aamiin~

20120405

Pemergian Satu Kepastian

Assalamualaikum,

orang biasa cakap setiap perkara ada pasangan dia yang melengkapi. bukan setakat lelaki dan perempuan. tapi, ada sudu, ada garfu, ada tangan, ada kaki, ada kiri, ada kanan, ada sahabat, ada musuh, ada cinta, ada benci, ada pertemuan, ada perpisahan dan begitu jugalah yang lainnya. namun, perpisahan buat selamanya adalah perpisahan yang paling perit untuk diterima. perasaan rindu yang tak dapat diubat kerana sudah pasti tiadanya pertemuan kembali di dunia yang fana ini. tapi jangan risau kita pasti akan bertemu di akhirat kelak. di kehidupan yang kekal, yang hakiki.

1 April 2012. tanggal di mana aku dan keluarga mendapat panggilan daripada mak saudara sebelah ayah, memberitahu bahawa ayah saudaraku terjatuh dan tidak sedarkan diri. dan katanye, keadaannya kritikal, ntah kenapa. mungkin sakit jantung, kata ibu aku. beberapa minit selepas itu, ayah aku mendapat panggilan sekali lagi dan kali ini, beritanya adalah berita yang amat tidak mahu didengari oleh ayah aku. ayah saudara aku tu, telahpun meninggal dunia. ketika itu aku di dalam bilik air dan sewaktu aku diberitahu tentang itu oleh adik aku, sejujurnya, aku seakan-akan tidak merasakan apa-apa. Astaghfirullahal'azim. kemudian, ibu aku pula yang menemui aku untuk beritahu tentang perkara itu(ibu tak tahu yang aku dah tahu). samar-samar dapat dilihat mata ibuku yang seakan-akan menahan air mata. aku hanya mampu mengangguk sambil menundukkan pandangan. di waktu itu, baru aku terasa sebaknya. tapi aku tak tahu apa sebabnya aku berasa sebak. adakah kerana aku terasa akan kepergian ayah saudaraku atau, aku terasa sebak kerana melihat mata ibu aku tadi. Subhanallah kuat sungguh penangan ibu aku terhadap aku.

tak perlulah aku ceritakan apa yang berlaku hari tu sepenuhnya. tapi hari tu jugak ayah aku beli tiket flight untuk terbang ke sarawak. terima lah, setiap perkara tu dengan redha. lepas tu, kita teruskan hidup kita seperti biasa. ini je lah yang mampu aku katakan....

Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat.


Hidup ini bagaikan sebuah titisan yang perlu dilalui oleh setiap insan di dunia ini. Oleh itu merentaslah di titian yang teguh yang dibina dari kayu kayu keimanan yang kukuh.


Semalam adalah suatu kenangan hari ini adalah suatu kenyataan manakala esok adalah suatu penantian. Kenangan semalam hemdaklah kita simpan buat pedoman di hari depan dan kenyataan hari ini hendaklah kita tempuhi dengan tabah tetapi kita juga harus bersedia untuk menanti hari esok yang merupakan suatu penyeksaan.


~Al-Fatihah buat Al-Marhum Roslam bin Abdullah~

Tidak lupa juga buat Rasulullah S.A.W & seluruh umat Islam yang telah pergi meninggalkan dunia


till then..