20130607

Rindu (?)

Assalamualaikum,

musim exam sekarang. tapi rasa macam tak exam pun sebab gap between two exams lame sangat. macam yang sekarang, 19 hari untuk ke exam yang seterusnya. now it's another 11 days to go. Fighting !

lately, i've been watching Running Man(very interesting variety show !!) which was influenced by my housemate. jadi, sekarang ni, bersedialah untuk "terkeluarnya" unsur-unsur atau perkataan-perkataan korea. haha



Rinduu,
Rindu serindu-rindunyaaa.......~
*Allah, melebih sudah (=.=')

kesian betul kan, orang yang terpaksa menanggung rindu macam lagu tu. nasib baik tak pernah. phiuhh! (ada ke??)

rindu blogging, rindu ibu ayah, rindu adik-adik, rindu atuk nenek, rindu mak-mak saudara. dalam satu kata, rindu keluarga. kuang3. susah tau aku nak luahkan rasa rindu. kenapa rasa awkward betul cakap pasal rindu ni?? ehem!

ehem ! ok, teruskan.. petang tadi waktu mesir, skype dengan family. tapi mereka di kampung, jadi berpeluang lah skype dengan atuk & nenek. waaaaaaaaah, betapa tak lekang rasanya sengihan di wajah ini melihat atuk & nenek!

atuk ada tanya, "ado teringat kapung dok?"
aku pun, dengan sukanya jawab, "mestilah kakak ingat kampung". kalau teringat kampung, mesti teringat atuk & nenek. dan akan terukir senyuman yang lebar. jadi kalau nak teringat kat kampung tu, kena kat tempat tak de orang. kalau tak, obvious sangat nanti orang pelik. haha!

sepanjang hari ni(semalam), asal teringat je skype tadi mesti akan tersenyum tanpa dikawal. sampailah ke pagi ni. hehe. bertambah pulak, tadi baca blog mak saudara(che adik) ada cerita pasal atuk. entah kenapa, mengalir air mata. cerita haapy je pun :)

dalam blog mak saudara tadi(baca semua yang tak sedar diupdate), ada jugak sebut pasal melalui penulisan seseorang, kita dapat kenal orang tu macam mana. well, daripada penulisan che adik, bagi kakak che adik seorang yang interesting, yang akan rasa seronok bila kenal dan yang, orang dapat belajar sesuatu daripada che adik. Good Luck in life che adik ! Bittaufiq Wannajah Fiddunya Wal Aakhirah. ^-^

Salam rindu kepada SEMUA! termasuk sahabat-sahabat. #Besties..


till then, ma'assalamah!


1 comments:

fatienwm berkata...

*tears* i miss you too kakak!:')

counting days nak jumpaa:))

ps:mesti la atuk happy, kakak ambil medical doctor kan..hehe..:))