20120622

Used to be my hobby? Or still is ..

Assalamualaikum,

melukis adalah salah satu hobi saya. atau mungkin pernah menjadi hobi saya. sebab dah lama dah saya tak ceburkan diri saya dalam melukis. semenjak dari saya darjah 5 saya minat melukis dan mula belajar melukis daripada kawan baik saya di sekolah rendah, Siti Shahirah bt Ramli ^^. daripada lukisan saya macam ... erm, macam hapeh je. sampai la, boleh kata ok la. improvement by improvement. bila belek-belek balik lukisan-lukisan saya tu, ade jugak perasaan; macam mana saya lukis nih ? but it was my passion. i will draw it till i'll get the best result. it doesn't matter how many erasing's' i did.

tahun saya paling banyak melukis Tingkatan 1. kat situ, entah macam mana "bakat" saya sampai diketahui kawan-kawan dan mereka meminta saya untuk melukis watak-watak anime untuk mereka. tapi, tak macam ada sorang kawan saya, yang siap charge lagi kalau nak dia lukiskan. kepala bussinessman. saya, cukup sekadar nak berbuat baik dengan kawan-kawan. kenapa perasan sangat ni najihah! 


ingin berkongsi antara lukisan-lukisan saya dari yang awal hinggalah yang paling latest setakat ni !


                 
 ni yang first saya mula lukis watak anime. muka je. haha, langsung tak matang kan lukisan ni..



 ni dah mula lukis badan. tapi, tengok lah. sebesar A4 paper saya lukis. still, lukisan tak matang.



ni dah mula lukis yang susah sikit lah. but, lagi skali.. take a look. senget !



rasanya, ini la cubaan pertama saya cuba yang lebih mencabar sikit. siap ada ular lagi tu. susah tau nak lukis. ingat lagi.



ni, saya dah mula melukis sebagai hobi yang saya suka. saya akan amik mana-mana gambar, dan mula melukis.



ni watak-watak chibi(yg kecik-kecik macam ni la) yang saya lukis. tapi tersesat pulak garfield kat situ.



 tapi saya paling suka yang kat atas ni ^^, comel.






ni antara lagi yang saya "rasa" saya lukis jadi.


yang ni pulak, asalnya sekadar conteng-conteng, sketch je..cube lah tengok tangan dia.



yang ni, saya suka. kat sekolah diorang pilih yang mana diorang suka antara 3 ni. cubalah korang pilih pulak.^^ tak salah, ni dari anime Sakura.



mungkin, ini yang paling latest dilukis saja-saja untuk melepaskan "rindu".



ha, saja simpan yang ni lambat sikit, last-last. versi lain sikit. hehe. muslimah sikit. dah masuk Ting. 3, berjumpa dengan lagi seorang sahabat yang pandai melukis (but always claimed that she doesn't =.=). memang ditakdirkan kot, saya ni kawan dengan orang pandai melukis je. so, dari dia ni, belajar lukis perempuan muslimah yang cantik macam kat atas tu. siap ada love yang menyinari lagi. rajin beno! tapi ana muslim lagi comel dan lawa la.  


akhir sekali, yang ni. bagi saya inilah yang spesial kerana ia merupakan pemberian dari sahabat saya. disertakan dengan kata-kata yang bermakna. sekali lagi, terima kasih sahabat.


inilah antara yang dapat saya kongsikan. bukan main minat lagi saya dalam anime-anime ni dulu. lagi-lagi, Naruto ni ha. uih, tak payah cakap la. apatah lagi ade geng. adik-adik pun satu kepala. tapi sekarang, umur dah meningkat dewasa, fikiran pun mesti la dah meningkat dewasa ! tak de lah macam dulu. tapi saya tetap tengok Detective Conan!

saya rasa melukis ni tetap minat saya. mungkin bukan lagi hobi, tapi minat. sebab saya, kalau nampak atau jumpa orang pandai melukis ni memang excited. hmm, mungkin hobi saya sekarang .. blogging ? ye ke?? selalu je tak post. haha. we'll see...


till then !

20120620

JPJ ..JPJ .. =.='

Assalamualaikum,

mungkin agak lambat saya post cerita ni.. tapi, you must want to keep reading it..(i guess??) haha

15 haribulan hari tu, saya ada test JPJ. test kereta.. saya sampai awal, dan dah dapat rasakan ke'gementar'annya. then, daftar, amik nombor, tunggu giliran. ya! saya terjumpa kawan saya di sana. excited betul. sebab memang saya terfikirkan dia mase tengah menunggu. kalau jodoh tak ke mana.. by the way, nama dia Nurul Alifah bt Abd. Ghaffar ^^

untuk ujian II, iaitu ujian dalam litar yang perlu buat bukit, parking sisi dan 3 penjuru. sekaligus 12 orang dia panggil ?? apekah ?? saya nombor 11, terkejut saya. tapi, maintain rilex. haha! lepas tu, alhamdulillah.. semuanya saya lepas dengan jayanya. lega betul ! sampailah tiba masa saya menunggu giliran untuk ujian III, iaitu ujian jalan raya. debaran amatlah terasa. sambil menunggu, banyak juga yang balik-balik dari jalan raya JPJ sendiri yang memandu. memang sah ! mereka gagal.


memandangkan 15 haribulan tu hari jumaat, mestilah diorang-diorang ni nak kena  solat jumaat. tapi hari tu, saya ingat giliran saya sempatlah sebelum diorang solat. dah habis tenaga dah tahan nervous, last-last, cikgu kata sambung pukul 2.30 pm nanti. haisshh, kacau betul. tapi tak pe, alhamdulillah. Allah bagi masa untuk saya solat dulu, mohon doa lagi dan tenangkan hati. lepas tu memang saya tenang dan dah gelak-gelak dah dengan mereka-mereka yang kat sana tuh. bergurau tapi tak sempat bertanya nama pulak. kebetulan je duduk dengan mereka dan dengar lawak mereka.


serba sedikit anatomy kereta. ahaks !

si pegawai-pegawai JPJ tu baliklah. kereta yang dah tersedia ade untuk kami jalani test tu, dalam 6 buah kot. hmph, apa lagi, sekaligus 6 orang la yang kena panggil. tak terkecuali saya. masuk dalam kerata, kereta dah la kereta baru - viva(so, dia lain la sikit), start enjin, bukak air cond, betul-betulkan cermin, tempat duduk, selesakan diri, tenangkan diri, sambil menunggu saya punya JPJ masuk kerata. tapi, haishh. mane ni ? kereta lain semua dah gerak. at last, masuk jugak. yang saya rasa lawaknya, masa dia nak masuk tu, saya memang perasan dah dia nak masuk tapi konon nak buat-buat tak perasan. tapi tak jadik. haha. apa-apa je lah najihah.. bila bersedia, saya tanya dengan elok, "boleh saya mula?". then, dia benarkan, saya pun mulakan perjalanan yang selaju kura-kura bergerak.

alhamdulillah, saya tak ada masalah nak control kereta tu. semasa saya rasa perjalanan baru je bermula, saya baru je nak merasa kereta baru yang smooth je rasa perjalanan die, baru je masuk gear 3, tiba-tiba ... JPJ tu kata, "Awak berhenti kat sini je lah. kat tepi jalan ni."  ...... "oh, ok."saya menurut. dah berhenti, saya tarik hand break, free gear. "ok, kita berhenti kat sini je. awak rilek je. saya nak tengok kereta-kereta ni lalu. kan senang je test kereta ni", dia berkata. " huh ? senang ape ? ape yang dia nak buat ni ? nak uji saya  ke ? saya dah gagal ke ? tapi apa yang saya buat ? ya Allah, bantulah aku ! dah la dia lelaki ! kalau dia nak uji, dia nak uji apa ? saya patut cakap apa-apa ke ?" kesunyian melanda. neither me nor him spoke at that moment. saya mengambil tindakan untuk hanya memandang ke luar tingkap kereta di sebelah saya, konon melihat-lihat kereta yang lalu. tiba-tiba dia bersuara, "awak rilek je. saya tak nak awak jalan terus/teruskan. saya nak awak buat U-turn kat depan ni je", mungkin dia perasan yang saya tak berapa selesa dengan keadaan/situasi tu. saya pun terfikir, dia nak uji ke? saya tanyalah boleh U-turn ke kat depan tu? dia dengan cepatnye, jawab boleh.

tiba-tiba saya terasa lega. mungkin dia tak nak saya teruskan sebab dia rasa saya dah boleh bawak kereta tu. dan itu je yang dia perlu untuk luluskan saya dalam ujian ni. Alhamdulillah ! selang beberapa minit kami nampak kereta mereka yang lain dah patah balik, dan masa itulah dia suruh saya buat U-turn. akhirnya, saya selamat kembali di sekolah memandu. dia suruh tanda tangan dan saya lulus.

saya dapat buat kesimpulan, dia buat macam tu, sebab dia dah malas atau bahasa sopan sikit dah penat. saya calon(test) terakhir dia walau sepatutnya, dia ada lagi sorang. tapi dia menolak dan last calon tu diberikan kepada JPJ bernombor kereta 56, kesian. tak apa, rezeki halal..insyaAllah.

jadi, itulah cerita saya. hanya saya dan Allah sahaja yang tau perasaan saya waktu dia suruh saya berhenti di tepi jalan. tapi rezeki saya macam tu. Alhamdulillah. daripada saya perlu habiskan perjalanan macam yang lain, tapi, saya siap dapat berehat lagi di tepi jalan. berehat la sangat. perasaan sejuk tapi tangan berpeluh waktu tuh. pengalaman yang memberi kenangan lucu dan manis. mungkin agak panjang tapi, dah tak boleh nak pendekkan. inilah yang ikhlas dari hati saya untuk saya kongsikan bersama yang sudi membaca. terima kasih sudi meluangkan masa !! GRACIAS, MERCI, XIE XIE, THANK YOU, GHAMSAHAMIDA, ARIGATO, SYUKRAN and last but not least, TERIMA KASIH ! ^-^



till then !

20120615

Takut untuk Bermimpi Tinggi

Assalamualaikum,

hmm, macam biase, setelah sekian lama selepas entry paling latest barulah saye update yang baru.

entry kali ni, saya tulis setelah membaca blog sahabat baik saya. dia bercerita tentang harapannya yang setinggi gunung Everest(tambah je). dia ingin menjadi doktor luar biasa dan bukan yang biasa-biasa sahaja. well, sahabatku.. insyaAllah kau boleh capai apa yang ko impikan kerana Allah sentiasa bersama mereka yang ingin melakukan kebaikan pada orang lain dan pada diri sendiri, insyaAllah. kite doakan kau. Aamiin.

apa yang dia tulis buat saya sedar.. atau mungkin teringat yang saya ni seorang yang takut untuk bermimpi tinggi. walaupun selalu berangan. ye, memang betul. setiap sesuatu perkara bermula daripada angan-angan dulu. tak ada angan-angan tak adalah mimpi untuk dicapai. tapi jangan terlebih berangan pulak. ok, back to the point. bila aku memikirkan sesuatu untuk aku capai dan aku merasakan ia sukar atau terlalu tinggi untuk aku capai, aku takut untuk meluahkannya. aku niatkan, tapi aku tak berani untuk katakan(say it out) walaupun pada diri aku sendiri, bahawa aku inginkan kejayaan ini atau aku inginkan kejayaan itu. ia sekadar di dalam hati. mungkin sebab itu hidup aku tak ada cabaran. tak ada langsung rasa nak cabar diri sendiri untuk melakukan sesuatu di luar jangkauan. out of the box ?? negatif betul diri aku ni rupenya.

namun, aku mengaku.. sejak aku bersahabat dengan sahabat aku ini, aku belajar sedikit demi sedikit untuk mencabar diri aku sendiri dalam sesuatu perkara. sebagai contoh SPM tahun lepas. banyak perkara bila difikiran balik aku buat yang aku tak pernah buat sebelum ni. seperti; aku menulis kata-kata semangat dan tampalkan di dinding bilik aku. aku tercabar dengan semangat yang ditonjolkan oleh sahabat aku ini dan bagaimana dia sentiasa positif dan kelihatan sentiasa tenang pada mata kasar kami, sahabat-sahabatnya yang lain. sungguh, aku mengaku dia salah seorang yang memberi aku inspirasi yang aku jadikan contoh. insyaAllah. terima kasih sahabat.

dan, aku takkan pernah lupa kata-kata Ustazah Mastura (ustazah subjek PQS) yang menyatakan beliau pernah mempelajari ilmu psikologi. dan apa yang beliau lihat pada diri aku ialah; "najihah ni, mempunyai keinginan yang kuat. tak boleh kalau tak dapat. kalau nak jadi doktor. hah, jadilah doktor ! kalau nak jadi pakar bedah. hah, jadilah pakar bedah !"  subhanallah, betapa aku terharu dengan kata-kata ustazah. dan aku mesti buktikan padanya dan pada semua orang. insyaAllah. tiada yang mustahil asalkan kita melakukannya dengan cara yang betul dan halal. doakan lah, kejayaan saya untuk mencapai misi ini. anda semua tidak tahu bahawa saya menulis ini dengan perasaan bimbang dan risau kerana saya tahu, saya dah ada cabaran baru untuk disahut. insyaAllah !