20121002

1 More Day To Go

Assalamualaikum,

setelah berbulan-bulan menunggu, akhirnya.. belum tiba lagi harinya..tapi akhirnya, hari itu bakal tiba. hari di mana aku akan meninggalkan rumah jauh ke eropah sana. ehh, tersasar sikit..haha konon! ke timur tengah sana, insyaAllah..semoga barakah mengiringi saya, sahabat-sahabat saya yang sedang di dalam kapalterbang sekarang ni..syoknyeee, korang kan..tak pe, nanti kite pulak. tak lupa juga buat rakan-rakan dan kawan-kawan yang sama-sama melanjutkan pelajaran ke sana.

hmm, teringatkan adik saya yang mengatakan, "ibu, kakak suka touching bu". lebih kurang macam tu la dia cakap. perasan jugak saya macam tu lately ni. tapi saya memang sengaja je. alah, mengada-ngada.. kita kan nak pergi jauh dah ni.haha.. tapi betul la Kal, kakak saja je lah nak kacau Haikal. bukan touching betul pun. relax2 sudah ye.

bercakap tentang "1 More Day To Go" ni, saya masih belum packing apa-apa lagi..tapi insyaAllah, lepas je post entry ni, saya akan packing sikit demi sikit. moga-moga barang-barang yang di"packing" cukup mengikut keperluan lah, Aameen..tak ada apa nak cakap sangat pun. cuma terasa ingin mengisi blog ini sebelum berangkat ke sana.

Pesanan-Pesanan Penting!!

"belajar rajin-rajin, bersungguh-sungguh biar kakak MUMTAZ. kalau boleh tak nak Jaiyid Jiddan. baru confident dapat tajaan untuk 2nd year nanti. kalau tak, ibu dengan ayah dah tak mampu nak tanggung kakak lagi".

dengar tu najihah! saya rasa semua pun akan bagi nasihat ni pada saya. even che adik saya pun selalu bagi nasihat ni kepada saya. walaupun tidak secara "directly". dia bagi hint2 je.hehe..
ingat ibu dengan ayah. jangan leka. paling penting tolong jaga solat. jangan makin jauh dengan Allah.
satu lagi nasihat yang melekat di hati saya, jangan hilang pergantungan pada Allah. subhanallah, terima kasih sahabat. manakala pesanan yang tak jemu2 diluahkan ialah tajdidkan niat. sebelum pergi tu, fikir balik apa sebab kita pergi ni. nak main-main ke, nak bersuka-suka melancong pergi negara orang ke? jadi yang penting, tajdid niat. insyaAllah semua akan dipermudahkan, Aameen.. Mesir ni bumi para anbiya'.
doakan yang terbaik untuk saya dan sahabat-sahabat di sana!

Menangis??

saya teringin sangat untuk tidak menangis di lapangan terbang nanti. sepupu dan mak saudara saya pun nak datang, insyaAllah. malulah rasanya nak menangis depan diorang. serius, saya tak nak menangis. tapi sejujurnya, saya seorang yang mudah untuk mengeluarkan air mata. namun, hati saya kuat berazam untuk tidak menangis dan menaruh harapan untuk lihat ibu saya menangis (??)
saya jarang sekali dapat melihat ibu saya menangis. pernah 2 kali sahaja(yang betul2) dalam 18 TAHUN saya hidup dan ia sangat menjadi memori yang terpahat kukuh di ingatan ini. penukul kuku kambing (belajar KHB kan?) mana pun, takkan dapat cabut memori itu dari ingatan saya. dan yang saya maksudkan ini adalah menangis kerana dan bersama saya. fuuh, sekarang pun dah terasa sebak. tapi alhamdulillah, mata tak menunjukkan ada setitik air pun yang akan keluar atau mengalir.
kita tengok lah nanti, sesiapa yang datang ke airport nanti saya menangis ke tak. itupun, kalau mereka stay sampai malam.

okay, baik saya keringkan air mata saya bermula dari malam ini. nanti, tak ada bekalan dah la air mata ni nak keluar 3 Oktober nanti !

till then !