20120802

Sungguh Bermakna

Assalamualaikum,

Subhanallah !

31st July 2012

kepada yang mengenali aku, pasti mereka tahu tarikh apakah ini. kali ini tarikh ini agak special bagi aku.
sungguh, aku sangat terharu dengan ucapannya. pukul 8.00 pagi 31 Julai, handphone aku berbunyi tanda mesej masuk, aku buka dan ...

"Happy Birthday kak, my dearest daughter.
Mudah-mudahan ALLAH tunaikan impian kakak untuk jadi doktor muslimah lagi mukminah.."

air mata aku tertumpah dari kelopak mataku tanpa diminta. ibu sebelum ini tidak pernah berbuat sedemikian-mengekspreskan/mencurahkan perasaan/ apa-apa yg sinonim dengannya. kami bukanlah keluarga yang jenis mengekspresikan perasaan. tapi jenis yang malu untuk berbuat demikian dan jika ia berlaku, ia merupakan sesuatu yang penuh makna. HAHA !


Terima Kasih Ibu ^-^..

18th Birthday-Ramadhan

kalau tahun lepas, hari ni birthday, esoknya puasa Ramadhan.. tahun ni, birthday pada hari ke-11 Ramadhan.. bermulanya fasa ke-2 bulan yang indah ni iaitu fasa maghfirah yakni keampunan. sekiranya kita mampu meraih keampunan dari-Nya, maka DIA akan mengampunkan segala dosa yang pernah kita lakukan. Subhanallah ! Maha Pengampunnya DIA !

semoga fasa pertama iaitu fasa rahmat telah kita tempuhi dengan sebaiknya dan fasa ketiga yang akan datang ini iaitu fasa pembebasan(dari api neraka), kita akan lebih bersedia kerana pada fasa ini ALLAH menjanjikan Syurga kepada mereka yang berpuasa dan melakukan ibadah-ibadah lain dengan sunguh-sungguh. insyaAllah, berdoalah agar kita antara mereka yang mendapat keinsafan untuk memburu keampunan dan Syurga ALLAH.. Aameen..
#diambil dari tazkirah pendek pada 31 Julai 2012 ^-^ 

My Big Appreciation

Buat sahabat-sahabat dan saudara-mara lain yang mengucapkan, terima ksaih banyak-banyak kerana masih mengingati diri ini. dan kepada yang buat spesial2 tu, contohnya, yang post kat blog dia, bagi teks mesej yang bermakna,yang call..syukran jazilan ! i just want you to know that i appreciate it with all my heart.

Semoga ikatan antara kita makin erat, semoga sama-sama kita berada di bawah perlindungan-Nya. dan, semoga apa yang kita impikan dapat kita capai dengan keberkatan-Nya, insyaAllah.. Aameen

till then !



2 comments:

FitraLya berkata...

i touched with your mum's massage too.
it is so sincere ^,^

may this age make you know yourself as well as the Creator better.
insyaallah.

Ahlami berkata...

kakak dan ibu memang muka sama :)
InshaAllah kakak boleh jadi doktor muslimah yg berjaya. Mak ude doakan moga urusan kakak dipermudahkan. inshaAllah :)