Assalamualaikum,
hmm, macam biase, setelah sekian lama selepas entry paling latest barulah saye update yang baru.
entry kali ni, saya tulis setelah membaca blog sahabat baik saya. dia bercerita tentang harapannya yang setinggi gunung Everest(tambah je). dia ingin menjadi doktor luar biasa dan bukan yang biasa-biasa sahaja. well, sahabatku.. insyaAllah kau boleh capai apa yang ko impikan kerana Allah sentiasa bersama mereka yang ingin melakukan kebaikan pada orang lain dan pada diri sendiri, insyaAllah. kite doakan kau. Aamiin.
apa yang dia tulis buat saya sedar.. atau mungkin teringat yang saya ni seorang yang takut untuk bermimpi tinggi. walaupun selalu berangan. ye, memang betul. setiap sesuatu perkara bermula daripada angan-angan dulu. tak ada angan-angan tak adalah mimpi untuk dicapai. tapi jangan terlebih berangan pulak. ok, back to the point. bila aku memikirkan sesuatu untuk aku capai dan aku merasakan ia sukar atau terlalu tinggi untuk aku capai, aku takut untuk meluahkannya. aku niatkan, tapi aku tak berani untuk katakan(say it out) walaupun pada diri aku sendiri, bahawa aku inginkan kejayaan ini atau aku inginkan kejayaan itu. ia sekadar di dalam hati. mungkin sebab itu hidup aku tak ada cabaran. tak ada langsung rasa nak cabar diri sendiri untuk melakukan sesuatu di luar jangkauan. out of the box ?? negatif betul diri aku ni rupenya.
namun, aku mengaku.. sejak aku bersahabat dengan sahabat aku ini, aku belajar sedikit demi sedikit untuk mencabar diri aku sendiri dalam sesuatu perkara. sebagai contoh SPM tahun lepas. banyak perkara bila difikiran balik aku buat yang aku tak pernah buat sebelum ni. seperti; aku menulis kata-kata semangat dan tampalkan di dinding bilik aku. aku tercabar dengan semangat yang ditonjolkan oleh sahabat aku ini dan bagaimana dia sentiasa positif dan kelihatan sentiasa tenang pada mata kasar kami, sahabat-sahabatnya yang lain. sungguh, aku mengaku dia salah seorang yang memberi aku inspirasi yang aku jadikan contoh. insyaAllah. terima kasih sahabat.
dan, aku takkan pernah lupa kata-kata Ustazah Mastura (ustazah subjek PQS) yang menyatakan beliau pernah mempelajari ilmu psikologi. dan apa yang beliau lihat pada diri aku ialah; "najihah ni, mempunyai keinginan yang kuat. tak boleh kalau tak dapat. kalau nak jadi doktor. hah, jadilah doktor ! kalau nak jadi pakar bedah. hah, jadilah pakar bedah !" subhanallah, betapa aku terharu dengan kata-kata ustazah. dan aku mesti buktikan padanya dan pada semua orang. insyaAllah. tiada yang mustahil asalkan kita melakukannya dengan cara yang betul dan halal. doakan lah, kejayaan saya untuk mencapai misi ini. anda semua tidak tahu bahawa saya menulis ini dengan perasaan bimbang dan risau kerana saya tahu, saya dah ada cabaran baru untuk disahut. insyaAllah !
20120615
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 comments:
jiha, i'm almost tears reading ur post.
it really touched me..
kadang-kadang ada perkara yg perlu kita luahkan.
bukan pada org lain, tp pada diri sndiri
so, my advice:
look your face at the mirror and talk in front of it. say what u want to be, what u hate so much and what u're dreamt of. it sounds silly, but it's a tips :D
MAY ALLAH BLESS~
Catat Ulasan