20120912

A Trip to Singapore !!

Assalamualaikum..

31 Ogos 2012,
orang duk sibuk nak menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-55, aku..? bersedia untuk ke negara yang terkenal dengan tempat-tempat yang menarik seperti Marina Bay atau Sentosa. dan banyak lagi lah kan..tak nak panjangkan post sebab....it's gonna be a loooooooongggggg post and you just need to continue reading it. hehe..it's just like a story line with pictures..enjoy !


ni, kami sedang menyeberangi jambatan yang menghubungkan antara Johor dan Singapore..(naik bas, sebab tu la)


ni, kami di penghujung jambatan..huh, nak jugak..ahaks!


yang ini pulak, cube tengok ape yg tertera di skrin tu..hmm, begitu teratur kan ? singapore ni memang negara yang sistematik..sign boards diorang pun clear..tak macam Malaysia..sign boards ade yang kene tutup dengan pokok-pokok lah kan..bukan nak cakap negatif negara sendiri ye..untuk diperbaiki lagi..


gambar pertama yang diambil selepas selamat sampai..nasib baik dah siap mandi..
bak kata ummi, ini relax version..tapi, untuk saya, might be sleepy version..haha
however, rindu terlepas waktu dapat jumpa saudara-saudara yang di singapore ini !!
they still the same..kak long and arinah, same je bergaduh jugak macam dulu..hehe
alah, saya dengan adik saya pun ada je bergaduh lagi sekarang ni..fitrah adik-beradik la katakan..
lama tak jumpa ni kadang-kadang buat saya lupa how they used to be..but, now i remember !!


ijah pakai stokin pak yang ada 5 jari..apakah?? tak pe, tak pe..tengok gambar seterusnya..


tadaa ..! inilah dia yang dimaksudkan.. lawak sebab kaki pak tu besar..ijah pakai dah nampak macam pakai sarung tangan je..LOL


ok, there is this picture which makes me thinking twice and thrice whether i want to put it here or not..and, i decided not to put it here..haha..alah, gambar time dalam MRT(macam LRT, di Malaysia) je..


sudah penat berjalan-jalan, duduk di..situ lah, kat dalam gambar tu..ada orang tu, dia dapat Samsung Galaxy W tuu..hehe..lepastu, ada lagi sorang pulak, tengah beli Samsung Galaxy SIII..ish3..


kalau tengok betul-betul gambar ni, anda akan dapat lihat ada satu kotak besar di sebelah akak yang memakai tudung pink tu kan..kotak itu dijadikan tong sampah untuk diorang-diorang ni buang kertas-kertas iklan yang diorang dapat..jadi, boleh katakan, kami ni berehat di sebelah tong sampah..hmm..




kalau anda perhatikan kedua-dua gambar ini pula, nampak seperti di tempat lain kan..untuk memastikan, cuba cari tong sampah tadi..ada tak ?? haha
ini, kami telah berpindah tempat sebab ada sorang aunty ni tegur kami sebab tempat yang kami duduk sebelum ini mengganggu kelancaran mereka yang nak keluar masuk..sebab kitorang duduk di tengah antara 2 pintu..perfect place ! isn't it ? haha
ermm, abaikan lelaki berbaju ungu yang seolah-olah sedang baring itu..^^


berikut adalah gambar-gambar saudara-saudara saya bersama saya sebagai kenangan untuk saya simpan ^-^


ibu, dengan mata kuyunya sebab kepenatan ^^



che ngoh dengan senyumannya yang manis ^^


angah. ini gambar ketiga yang diambil selepas 2 gambar yang x jadi, sebab terlebih senyum. HAHA
akhirnya, yang last ni saya pulak yang macam nak tergelak. tapi ibu cakap, cantik je dah gambar ni. so, no fourth take !


ann ! yang always sincere with her smile. not to forget, those dimples ^^


adik, bukan selalunye adik senyum lebih lagi ke..sampai sepet-sepet mata. hehe


hai, mentang-mentang la tak ada orang dalam MRT nih. cabut selipar, bersila sampai cek abang kita nih..


ni la, nak tunjuk nya..betapa tak ada orangnya dalam MRT ni. tapi, next stop dah naik orang-orang yang ramai tu walaupun tak ada la ramai mana.

saya dan kaklong ! agak kabur gambar ni. kaklong memang sama dengan ummi. cakap pasal ummi, tak sempat nak ambil gambar dengan ummi =(..


and, last but not least, sepupu sebaya saya yang jauh ini. hope we'll meet again yea arinah ^-^




ok, ni saje je nak letak gambar katil saya waktu nak balik naik keretapi. dapat katil atas. saya, tak apa lagi. ibu saya pun dapat yang atas jugak. kesian nak kena panjat naik..


ni, semasa kami berjalan ke kafe untuk beli sesuatu untuk dimakan. emph, bergegar ha. mak saya pun terhuyung-hayang berjalan kat depan tu. mujur ni dekat coach kabin. ala, yg macam bilik tu. macam dalam cerita Harry Potter. hehe.. jadi, tak ada la terhuyung-hayang sangat sebab ruang untuk jalannya kecik je.


ni lah dia. pegi-pegi, nampak kedai ni, berenti kat sini je lah. maaf lah, dapat ambik gambar belakang je.
oh, ye.. mase ni kami belilah 3 burger dengan satu tin air milo. keseluruhan ; RM16. wow ! tapi, tak pelah, sekali sekala. balut pun lawa kan.
balik ke katil, bukak-bukak. kosong ! hanya roti dengan ayam. tak ada apa. mayo, cili, sayur? apa pun tak ada. tapi diberi lah sos cili yang paket kecik tu kan. roti tu pun nampak sangat tidak dibakarnya. begitu juga dengan daging ayamnya. tapi rasenya, tu mesti burger kegemaran adik saya sebab selalu beli burger, dia akan buang semue benda-benda tu. haha

itu sajalah, yang ingin saya kongsikan..A trip to Singapore ! sharing is caring. betul tak. sewaktu saya datang ke Singapore ni, masa tu, orang Cina di sana yang mempercayai, sedang menyambut "Hunting Ghost", kalau tak silap. bulan ini, mereka yang percaya akan memberi makan kepada hantu-hantu supaya luck mereka akan berterusan dan tidak akan diganggu oleh hantu-hantu berkenaan. biasenye, luck dalam bisnes diorang la. driver taxi yang sangat peramah yang ceritakan macam-macam benda tu pun, tergelak masa cerita pasal "Hunting Ghost" tu. dia kata, dia cerita dekat european tourist pun, diorang tergelak. apa-apapun kalau ada apa yang salah pasal kepercayaan ini, saya minta maaf..

saya nak berterima kasih kepada ummi sekeluarga kerana telah menyambut kami with their big welcoming hugs ^-^ dan menyediakan tempat menginap dengan keselesaan yang mencukupi. tak lupa jugak, masakan ummi yang sedap-sedap belaka tu. untuk kaklong pun, terima kasih banyak-banyak sepanjang kita keluar berjalan-jalan. dari awal sampai akhir kaklong lead kitorang. kesian kaklong masa berenti makan, kene order banyak sangat makanan untuk semua orang. thank you kaklong !

TILL WE MEET AGAIN, EVERYONE !!
I'LL MISS YOU [less than 3]-if you know what i mean(che adik^^)

p/s: post ni sepatunya dah lama disiapkan..

till then !