AL-JIHADU FII SABILILLAH!
20110419
20110410
MARUAH
Maruah
Jagalah maruah anda. Sekali tercalar, ia akan meninggalkan kesan yang
lama dalam hidup. Orang yang menjaga maruahnya adalah orang yang
berada di landasan yang betul dan sering melakukan perkara yang betul
dan baik.
M : Maruah letaknya di muka. Kerana itu orang akan menutup muka
apabila malu.
A : Aura yang baik akan membuatkan maruah anda naik begitu juga
sebaliknya.
R : reputasi mencerminkan maruh anda. Jagalah reputasi diri jangan
sampai dipijak orang.
U : Ungkapan orang terhadap kita mengambarkan sejauh mana maruah
kita dinobatkan. Buruk ungkapan keluar maka buruklah maruah kita
sedangkan KATA itu adalah maruah diri. Jadilah insan yang mengotakan
kata-kata. Mereka yang suka bermain dengan kata-kata dan tidak
mengotakannya, jatuh dalam golongan orang yang tidak bermaruah
kerana tidak membuat oarang percaya kepada kata-katanya sendiri.
maka jangan sesekali mungkir janji dan mengeluarkan kata-kata usul periksa.
A : Anggapan masyarakat juga mencerminkan nilai maruah kita. Oleh itu, amat penting menjaga maruah diri agar anggapan orang terhadap kita tidak serong.
H : Harga diri tidak boleh di jual beli dan ia jua lambang nilai maruah individu. Jangan sesekali meletak nilai pada harga diri anda.
LA ILAHA ILLALLAH!
-sambungan(kaitan) SATU KISAH..
SATU KISAH
Assalamualaikum,
malu itu sebahagian daripada iman. kalau waktu kecik-kecik dulu cakap: malu separuh daripada iman. wah, kalau macam tu senangnye nak beriman. separuh malu. separuh lagi sabar.hehe
jadi sebenarnya ana nak kongsikan satu kisah.kisah ni berlaku pada jumaat lalu. kisah yang agak memalukan dan ada kaitan dengan maruah seorang perempuan.tak apa, kita ikuti dulu kisahnye.
pada hari khamis, seorang pelajar ni tertinggal pakaiannya di satu kelas.pakaian sekolah yang dipakainya pada hari tu sebab petang tukar pakai baju sukan pulak.jadi esoknya, dia nak ambillah balik uniform sekolahnya tu. dicari-cari, tak jumpa.jadi dia fikir, mungkin ada kawan yang tolong bawa balikkan.tiba-tiba dia ternampak beg yang berisi pakainnya tu ada di tempat yang agak tersorok.dia pun bersyukur. alhamdulillah, ada rupanya. dia pun tengoklah ke dalam beg tu. tiba-tiba, dia terperasan baju sekolahnya tu seperti dibuka dan dilipat balik..tidak sekemas yang dilipatnya.(^-^).dia pun risau lah kan.dia angkat bajunya tu, tengok-tengok.purse dia tak ada.
tapi, dia masih berfikiran positif dengan memikirkan bahawa mungkin ada kawannya yang ambil purse sahaja untuk dibawa balik untuk dijaga.hmm..tapi, itupun macam pelik kan. tak apa, kita teruskan.dia pergi bertanya kepada rakan-rakannya tapi tak ada sesiapa pun yang tahu.dia menjadi takut, geram, marah, risau dan macam-macam lagi.perasaan yang bercampur-baur.setibanya di kelas, tiba-tiba ada seorang budak lelaki tanya, "wei, ko dah dapat dah dompet ko?"dengan ganasnya dia tanya (gimik). dia pun pelik dan bertanya, ada pada siapa, siapa yang jumpa dan macam mana dia jumpa.soalan yang memang sesiapa pun akan tanya.dan dia terus terfikir: ya Allah..budak lelaki ke yang jumpa.ya Allah, kenapa baju sekolah aku dibukak.perasaan takut melanda dan bermacam-macam thoughts membisik ke akalnya, apa yang sebenarnya terjadi kepada baju sekolahnya tu..dia bertanye soalan yang seterusnya kepada kawan lelaki sekelasnya yang tadi tu.tapi dengan selambanya die menjawab "nantilah aku cerita.malas la aku nak cerita".masa tu, perasaan kecewa dan terkilan pula melanda.
waktu rehat, dia berjumpa dengan lelaki yang memegang purse tu dengan perasaan malu takut dan sebagainya.lelaki itu memulangkan purse tu, tapi dia seperti tidak tahu keadaan yang sebenar.katanya, "aku tak tahu pun siapa yang jumpa, aku cuma diberitahu ada orang hilang dompet dan diamanahkan untuk memulangkan".ketika berjumpa dengan lelaki itu, dia menahan air mata yang hampir bergenang menahan perasaan yang bercampur-baur.malu, geram, marah, tapi lebih kepada malu kerana terasa seperti maruahnya jatuh.ye lah, siapa yang tak malu.purse dijumpa oleh budak lelaki.itu tak apa lagi.tapi ini, mereka yang jumpa tu pergi selongkar beg orang tu kenapa.sebab kalau nak kata terjumpa.mungkinlah kalau terjumpa beg yang berisi baju itu je.tapi ni, nampak sangat yang mereka terjumpa beg baju dan selongkar, dan barulah terjumpa purse yang sebenarnye telah disorok di bahagian bawah beg tu.
dia membebel(menasihat la) sedikit kepada lelaki tu dan menyuruhnya menasihat pula orang terjumpa tu, tapi nak buat macam mana, lelaki tu pun tak tahu siapa.hmm, tak apa lah.dia mula terfikir yang mungkin rakan lelaki sekelasnya tadi yang tahu cerita sebenar.tapi, ini cuma kisah yang masih belum tahu kebenarannya. apa yang sebenarnya berlaku.jadi, ana harap jangan la buat andaian apa-apa lagi.cuma mahu berkongsi cerita.
tapi itu lah, kesimpulannya..jangan la selongkar beg atau barang orang tanpa keizinan.kecuali lah masa tu ada spot-check pengawas buat ke kan.takkan kita tiba-tiba nak marah, nak halang.macam kelakar la pulak.barang itu, satu privasi dan juga maruah sesorang.jangan suka-suka je nak usik.kesian budak perempuan tu, dia menangis, sedih memikirkan apa sebenarnya yang berlaku.yang dia tak tahu. ana dapat rasa apa yang dia rasa.maruah jatuh tahu tak.tapi, tak apa, nanti kita rungkaikan cerita yang disebaliknya tu.
jumpa lagi dan Assalamualaikum..
Langgan:
Catatan (Atom)