Blackout
jam 2.00 pagi,
blackout-gelap. huh, terjaga dari tidur terus pergi ke bilik lagi satu dan bersahur. kesian housemate saya yang bertolak balik pagi tadi. bila eletrik tak ada, air pun akan tak ada. nak mandi, nak solat agak terbatas tadi. mujur kami ada takung air dlm botol. dapat la jugak housemate saya mandi tadi.
Internet??
tapi, yang menjadikan kisah ni menarik ialah pada saat saya kembali ke bilik saya dan cek laptop saya, tiba-tiba perasan yang internet connected. hah? ini sudah pelik. jiran saya yang stay di rumah saya pun mengagak, ntah-ntah rumah saya je kot. kitorang pun menjengah ke luar, ternyata gelap, tak ada sumber cahaya pun. laju-laju kami tutup pintu. haha. intai di luar bangunan pulak, terlihat bangunan lain masih menyala. mungkin bangunan kami je yang terputus elektrik.
Makin Pelik
tapi, apa yang masih berlegar di fikiran kami ialah mana datangnya internet??? jiran saya tu, lagi sekali cuba untuk cek rumah dia sendiri pulak. dengan menemani dia, kami keluar. belum sempat dia membuka kunci pintu rumahnya, boleh nampak cahaya dari celah pintu rumahnya. sah! memang cerah. terasa macam baru keluar daripada terowong bila pintu dibuka (apakah?). lagi bertambah pelik kami dibuatnya. tapi, sekurang-kurangnya kami dah tahu kenapa internet boleh ada. sebab kami kongsi wifi dan wifi tu dipasang di rumah jiran tu. tapi, air tak naik jugak kat rumah tu. ye lah, sebab elektrik tak de kan. macam mana rumah diorang je boleh ada elektrik?? apapun, lepastu, kami decided nak stay dekat situ untuk seketika. bersama dengan housemate saya, kami pun duduk di rumah sebelah.
Gelap tapi Terang (haha)
baring-baring, borak-borak, tengok video yang sekarang tengah hangat, tiba-tiba gelap! sekarang semuanya makin kelam dan suram. tapi hanya suasana je lah yang gelap, kitorang rasa lega sikit sebab semua kepelikan yang berlaku tadi dah clear. semuanya normal walaupun kami terpaksa bergelap pagi tu.
Teman Housemate
disebabkan housemate saya tak ada musyrif untuk keluar pagi jam 4 tadi, kami yang menemankan dia. sekali dengan 2 orang jiran kami. dengan sumber air yang ada, dia mandi dan kami solat, dan bersiap-siap. di luar masih gelap, bangunan kami, apetah lagi. berbekalkan lampu suluh, kami keluar, kami perasan yang satu hayyu gamaah(kawasan perumahan) blackout. dengan berhati-hati kami berjalan. nampak aja, lelaki-lelaki arab, kami akan ambil jalan untuk mengelak daripada mereka. mujur, aktiviti-aktiviti orang arab ni biasanya hidup pada waktu malam sampai ke pagi nak dekat subuh. alhamdulillah, kami sampai ke tempat menunggu tepat pada waktunya, 4.30 pagi. mungkin awal lagi sikit.
Menunggu
jam sudah menunjukkan pukul 5 lebih pagi. tapi yang lain masih belum sampai. pakcik tremko dah sampai 4.30 lebih lagi. bagus pulak orang arab ni, biasa tak ikut masa sangat. kami yang menunggu, tak kisah menunggu. tapi kesian ke pakcik tremko yang asyik sibukkan diri dengan mengelap-ngelap vannya. "ma3alish ya 'ammu. khams tashar da'i'ah bas" kami menjawab yang bermaksud "maaf pakcik, 15 minit je lagi" bila dia bertanya, "kamu berempat je ke? mana yang lain?". nasib baik, pakcik tu baik dan sabar. bulan Ramadhan agaknya. hehe. akhirnya, mereka semua sampai dan lebih kurang hampir pukul 6, diorang bertolak. tinggal lah saya seorang sahaja di rumah nanti. bye bye housemate...~
Tangga
saya dan 2 jiran pulang ke rumah dengan harapan elektrik kembali ada. dan harapan kami tidak tinggal harapan. elektrik memang sudah kembali. tapi, mungkin memang ujian untuk kami tak dapat menggunakan lif. jadi terpaksalah kami mendaki tangga setinggi 5 tingkat itu. sudah sekian lama kami tidak menggunakan tangga. walaupun di pagi hari. hampir separuh nafas jugak aku daki tangga tu. setiba di rumah, plan asal untuk terus kemas rumah, tak jadi, terus rebahkan diri di katil. bangun yang kemudian barulah sesi mengemas bermula sampai lah ke petang.
Berbuka
alhamdulillah, jiran sebelah mengajak berbuka bersama. saya yang tengah menyapu, "wah besarnya pahala diorang. dah la, saya tengah penat, diorang pulak sediakan makanan berbuka untuk saya. memang bertambah besar lah pahala diorang. jelousnya!"
Siapa yang memberi makan (saat berbuka) untuk orang yang puasa, maka dia mendapat pahala seperti pahala orang yang diberi makannya itu tanpa dikurangi sedikitpun dari pahalanya. (HR At-Tirmizy, An-Nasai, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaemah).[Sumber]
cerita ni, saje je nak berkongsi walaupun, penulisan macam entah apa-apa. sebagai mengisi blog yang dah lama tak terisi.
Salam Ramadhan semua~
Selamat Beramal~
(credit image)
Ramadhan Kareem ~
ALLAHU AKRAM !
oh, ye. mohon doakan yang terbaik untuk Mesir. tertegaknya kembali islam dan berakhirnya segala kekecohan yang berlaku. moga bulan yang mulia ini memberi berkat dan rahmah kepada kita semua umat islam di seluruh dunia, Aameen~
till then, ma'assalamah!